Wednesday 30 December 2015



Sayembara ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. 

Hanya mereka yang menjadi ahli Facebook (FB) Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) layak menyertai pertandingan ini yang beralamat dihttps://www.facebook.com/groups/257915211033605/?fref=ts

Karya hendaklah asli dan belum pernah disiarkan dalam media cetak, elektronik atau mana-mana tempat lain.

Karya hendaklah disiarkan di FB GEMA. Salinan karya perlu juga dihantar di laman sesawangwww.gemakelantan.org pada ruangan “Hantar Karya” untuk tujuan dokumentasi, penilaian oleh panel hakim bebas dan pengumpulan untuk diterbitkan dalam antologi bersama.

Untuk tujuan keselamatan, peserta dinasihatkan supaya tidak menyertakan maklumat peribadi bersama karya di FB GEMA. Sebaliknya, semua maklumat seperti nama, nombor telefon dan lain-lain perlu disertakan di laman sesawang www.gemakelantan.org.

Puisi yang telah dihantar ke FB GEMA serta laman sesawang www.gemakelantan.org tidak boleh lagi dihantar ke tempat lain.

Tema puisi adalah bebas tetapi tidak boleh menyentuh isu perkauman, unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada mana-mana pihak.

Panjang puisi adalah tidak melebihi daripada 30 baris.

Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Tetapi setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.

Karya-karya terpilih (sama ada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan dalam antologi bersama.

Ahli jawatankuasa GEMA tidak layak untuk menyertai sayembara ini.

Sayembara ini bermula 12 Disember 2015 dan berakhir pada 2 April 2016 sebelum jam 12.00 tengah malam.

Layari www.gemakelantan.org