Diari Penghafal Al - Quran
Sharing is Caring Because Knowledge is Priceless
"Semua Penulis akan Mati, Hanya Karyanya yang akan Terus Abadi, Maka Tulislah Sesuatu yang dapat Membahagiakan Dirimu di Akhirat Kelak." -Saidina Ali bin Abi Talib
Tuesday 5 January 2016
Wednesday 30 December 2015
Sayembara ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
Hanya mereka yang menjadi ahli Facebook (FB) Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) layak menyertai pertandingan ini yang beralamat dihttps://www.facebook.com/
Karya hendaklah asli dan belum pernah disiarkan dalam media cetak, elektronik atau mana-mana tempat lain.
Karya hendaklah disiarkan di FB GEMA. Salinan karya perlu juga dihantar di laman sesawangwww.gemakelantan.org pada ruangan “Hantar Karya” untuk tujuan dokumentasi, penilaian oleh panel hakim bebas dan pengumpulan untuk diterbitkan dalam antologi bersama.
Untuk tujuan keselamatan, peserta dinasihatkan supaya tidak menyertakan maklumat peribadi bersama karya di FB GEMA. Sebaliknya, semua maklumat seperti nama, nombor telefon dan lain-lain perlu disertakan di laman sesawang www.gemakelantan.org.
Puisi yang telah dihantar ke FB GEMA serta laman sesawang www.gemakelantan.org tidak boleh lagi dihantar ke tempat lain.
Tema puisi adalah bebas tetapi tidak boleh menyentuh isu perkauman, unsur subversif atau apa-apa yang sensitif kepada mana-mana pihak.
Panjang puisi adalah tidak melebihi daripada 30 baris.
Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Tetapi setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
Karya-karya terpilih (sama ada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan dalam antologi bersama.
Ahli jawatankuasa GEMA tidak layak untuk menyertai sayembara ini.
Sayembara ini bermula 12 Disember 2015 dan berakhir pada 2 April 2016 sebelum jam 12.00 tengah malam.
Layari www.gemakelantan.org
Monday 24 November 2014
Mencipta Kelainan dalam Meningkatkan Produktiviti
#PENGUMUMAN TERKINI, 1 JAN 2015 @ 01:25 PAGI
#Bismillah: Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Esei Cakna Produktiviti 2014 (Peringkat Tahunan) dilanjutkan dari 31 Dis 14 kpd 15 Feb 2015
#Sukacita dimaklumkan bahawa "Lembaga Pengurusan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah bersetuju supaya tarikh tutup bagi penyertaan Pertandingan Esei Cakna Produktiviti 2014 (Peringkat Tahunan) dilanjutkan dari 31 Dis. 14 kpd 15 Feb. 2015.
#Dengan penyertaan yang amat memberangsangkan sehingga tarikh tutup asal pada 31 Dis.14, keputusan ini dibuat supaya lebih ramai lagi menyertai Pertandingan Esei ini terutamanya kepada yang tidak dapat menyertainya sebelum 31 Dis 14 kerana terlibat atau terjejas dengan banjir buruk yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
#Keputusan ini juga dibuat berdasarkan kepada maklumbalas melalui e-mel dan FB CaknaProduktiviti."
#Sehubungan itu, pihak Pengurusan MPC dan Sekretariat mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan Pertandingan Esei ini dan berharap lebih ramai lagi yang akan menyertainya berikutan dengan perlanjutan tarikh tutup penyertaan dari 31-Dis. 14 kepada 15 Feb. 15.
#Selamat Menyambut Tahun Baru 2015:- Kurangkan Pembaziran, Tingkatkan Produktiviti!!!
#Sekian, Terima Kasih
Bismillah:- Peraduan Pertandingan Esei Cakna Produktiviti MPC 2014 [Tahunan] dari 01 Oktober hingga 31 Disember 2014
HADIAH/ KATEGORI PERADUAN:-
Wang tunai & hadiah-hadiah lain berjumlah RM 20,500 untuk dimenangi berdasarkan kategori-kategori berikut:
(1). Kategori A: 13-17 tahun** [Jlh had patah perkataan esei:- 2,000 - 2,500 patah perkataan
Pertama: RM1,500 + IPAD MINI APPLE
Kedua: RM1,000 + LENOVO S660
Ketiga: RM 500 + FUJIFILM INSTAX MINI 25
Saguhati: RM200 x 5 = RM1,000
** Nota: Sekolah yang pelajar-pelajarnya menghantar penyertaan terbanyak (mestilah 50 penyertaan ke atas) akan menerima sebuah HP AIO AIO PC bernilai RM2,500
(2). Kategori B: 18 tahun dan ke atas [Jlh had patah perkataan esei:- 3,000-3,500 patah perkataan]
Pertama: RM2,000 + IPAD 3 APPLE
Kedua: RM1,500 + SAMSUNG TAB 3
Ketiga: RM1,000 + LENOVO TAB A3000
Saguhati: RM400 x 5 = RM2,000
TAJUK ESEI:-
"Hayati lagu "Bersatu Kita Maju" di http://goo.gl/B5iMsN
dan huraikan bagaimanakah nilai-nilai dalam lagu tersebut dapat diaplikasikan untuk meningkatkan produktiviti dalam pembangunan negara?"
MAKLUMAT TERKINI/ PERTANYAAN LANJUT:-
Dapatkan maklumat terkini mengenai peraduan ini di:http://fbl.me/CaknaProduktiviti.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi +603-7955 7266:-
(i). Cik Siti Syafiqah Ahmad (syafiqah@mpc.gov.my); atau
(ii). Pn Cham Yin Hwa (cham@mpc.gov.my )
E-MELKAN SEKARANG KARYA ESEI ANDA KE: cakna@mpc.gov.my.
(1). Kategori A: 13-17 tahun** [Jlh had patah perkataan esei:- 2,000 - 2,500 patah perkataan
Pertama: RM1,500 + IPAD MINI APPLE
Kedua: RM1,000 + LENOVO S660
Ketiga: RM 500 + FUJIFILM INSTAX MINI 25
Saguhati: RM200 x 5 = RM1,000
** Nota: Sekolah yang pelajar-pelajarnya menghantar penyertaan terbanyak (mestilah 50 penyertaan ke atas) akan menerima sebuah HP AIO AIO PC bernilai RM2,500
(2). Kategori B: 18 tahun dan ke atas [Jlh had patah perkataan esei:- 3,000-3,500 patah perkataan]
Pertama: RM2,000 + IPAD 3 APPLE
Kedua: RM1,500 + SAMSUNG TAB 3
Ketiga: RM1,000 + LENOVO TAB A3000
Saguhati: RM400 x 5 = RM2,000
TAJUK ESEI:-
"Hayati lagu "Bersatu Kita Maju" di http://goo.gl/B5iMsN
dan huraikan bagaimanakah nilai-nilai dalam lagu tersebut dapat diaplikasikan untuk meningkatkan produktiviti dalam pembangunan negara?"
MAKLUMAT TERKINI/ PERTANYAAN LANJUT:-
Dapatkan maklumat terkini mengenai peraduan ini di:http://fbl.me/CaknaProduktiviti.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi +603-7955 7266:-
(i). Cik Siti Syafiqah Ahmad (syafiqah@mpc.gov.my); atau
(ii). Pn Cham Yin Hwa (cham@mpc.gov.my )
E-MELKAN SEKARANG KARYA ESEI ANDA KE: cakna@mpc.gov.my.
Di sini, Amira nak kongsi petikan lagu 'Bersatu Kita Maju'
BERSATU KITA MAJU
‘
Apa saja yang susah, akan menjadi mudah,
Sekiranya
semua, bersatu berusaha,
Dengan
produktiviti, bertambah keuntungan,
Kerja
seikhlas hati, sempurna pekerjaan.
Kita
bantu membantu, bertukar-tukar fikiran,
Bersatu
kita maju kearah kemakmuran,
Kita
tegur-menegur, kerana kebaikan,
Berusaha
dengan jujur,mencapai kejayaan.
Kita bantu membantu, bertukar-tukar fikiran,
Bersatu
kita maju kearah kemakmuran,
Kita
tegur-menegur, kerana kebaikan,
Berusaha
dengan jujur, mencapai kejayaan. ’
Dan......inilah hasil tulisan saya...Selamat membaca :D
TAJUK : Bagaimanakah Nilai-Nilai Dalam Lagu ‘ Bersatu Kita Maju ’ Dapat Diaplikasikan Untuk Meningkatkan Produktiviti Dalam Pembangunan Negara?
PENDAHULUAN
‘Sudah terang lagi bersuluh’,
semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat, terutamanya
dalam proses pembangunan negara. Malahan, dalam mendepani era
pascaperindustrian serta pascaglobalisasi yang serba menduga akal dan minda
millenium ini, setiap organisasi sentiasa
berdepan dengan realiti
semasa, di mana teras
perkhidmatan setiap organisasi adalah
untuk menghasilkan perkhidmatan
yang memberi impak berganda kepada pembangunan Negara.
Maka,
tidak hairanlah jika setiap organisasi kini sedang melalui
proses transformasi yang bersepadu dan komprehensif bagi
memastikan ia berdaya saing sepanjang
masa. Lebih-lebih lagi, berdasarkan
Laporan Daya Saing Global 2014-2015, kedudukan Malaysia melonjak ke tangga 20
daripada kalangan 144 negara, mendahului ekonomi maju seperti Austria,
Australia, Perancis dan Korea Selatan berbanding kedudukan ke-24 daripada 144
negara pada tahun sebelumnya. Laporan ini menyebabkan ekspetasi rakyat terhadap
sistem perkhidmatan organisasi kian meningkat. Disebabkan hal ini jugalah, pihak
kerajaan kini menggesa setiap organisasi agar menyediakan perkhidmatan
yang berprestasi tinggi dan
berinovasi kerana rakyat
Malaysia semakin berpendidikan tinggi
dan peka terhadap sumbangan organisasi dalam merancakkan pembangunan Negara.
Rentetan
itu, setiap pemain industri kini berlumba-lumba bersaing dengan
mengiplementasikan variasi prakarsa ‘umpama
patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan’ untuk senantiasa ke
hadapan setanding dengan syarikat gergasi yang lain, ibarat kata pepatah ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’
yang pastinya akan memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada bukan
sahaja organisasi itu, bahkan yang paling utama memberikan nilai tambah kepada
pembangunan Malaysia. Persaingan yang dimaksudkan di sini tidak lain, tidak
bukan memberi fokus kepada tahap kualiti, daya saing dan kreativiti serta
inovasi yang menjurus kepada keberhasilan produktiviti, seandainya mendapat
sentuhan yang mantap pastinya akan menghasilkan impak yang berganda.
KONSEP BERSATU SEBAGAI TUNJANG UTAMA
Namun, persoalan yang berlegar di gawang minda kita
sekarang ialah, di mana kurangnya
perlaksanaan dalam meningkatkan produktiviti oleh organisasi selama ini demi
merancakkan pembangunan Negara? Sebelum itu, mari kita telusuri nukilan kata
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, “Untuk menjayakan sebuah
transformasi pastinya melibatkan perubahan, pembaikan dan pengukuhan kepada
tiang seri institusi serta struktur perkhidmatan organisasi itu sendiri.
Ertinya, pertama, perubahan pada cara berfikir, kedua, pembaikan kepada sistem
nilai dan ketiga, pengukuhan kepada gerak kerja”. Ghalibnya, idea dalam meningkatkan produktiviti sesebuah
organisasi tentunya mempunyai pro dan kontranya. Namun, apa yang sangat ditagih
adalah bagaimana pandangan kontra tersebut diterjemahkan melalui sisi yang
positif seterusnya memberikan impak yang berganda. Jelaslah, transformasi minda
berpaksikan kejituan intelektual menjadi jawapan konklik kepada persoalan ini.
Apa yang pasti, transformasi minda oleh semua pihak sangat ditagih agar tidak
terus dibelenggu pemikiran ortodoks dan jumud ‘bagai katak di bawah tempurung’ sebaliknya buka hati, buka minda
serta kenali diri dengan memperteguhkan kefahaman akan konsep bersatu yang menjadi mangkin efektif dalam keberhasilan produktiviti
seterusnya bertindak secara glokal dan global pada hari-hari mendatang.
Dalam merealisasikan gamitan menara impian dan harapan
ini, lagu produktiviti iaitu lagu ‘Bersatu
Kita Maju’ menjadi sebuah lagu yang berperanan
menyuburkan nilai-nilai positif, jika dihayati dan diaplikasikan dengan total,
pastinya kita dapat melihat semua pihak bersatu meningkatkan produktiviti
organisasi yang akhirnya menjurus kepada pembangunan Negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu, mari kita hayati bait-bait lagu
keramat tersebut :
‘ Apa saja yang susah, akan menjadi mudah,
Sekiranya semua, bersatu berusaha,
Dengan produktiviti, bertambah keuntungan,
Kerja seikhlas hati, sempurna pekerjaan.
Kita bantu-membantu, bertukar-tukar fikiran,
Bersatu kita maju, kearah kemakmuran,
Kita tegur-menegur, kerana kebaikan,
Berusaha dengan jujur, mencapai kejayaan.
Kita bantu-membantu, bertukar-tukar fikiran,
Bersatu kita maju, kearah kemakmuran,
Kita tegur-menegur, kerana kebaikan,
Berusaha dengan jujur, mencapai kejayaan.
MERAIKAN PERBEZAAN, MENGUKUHKAN PERSAMAAN
Ayuh kita mengorak langkah dan mengkaji
sedalam-dalamnya berkenaan mesej bersatu yang ingin disampaikan melalui lagu
ini. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, konsep bersatu yang dimaksudkan
dalam lagu ini ialah bersatu dalam melaksanakan setiap urusan kerja di
peringkat organisasi. Izharnya, setiap kakitangan perlulah bersatu dalam
pelbagai aspek tamsilnya memperteguhkan
kesatuan hati, kesatuan minda, dan kesatuan tindakan dalam melaksanakan
urusan kerja mereka kerana ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
Bahkan, umum mengetahui, dalam sesebuah
organisasi gergasi terutamanya, sudah pasti tenaga kerjanya mempunyai
latarbelakang yang berbeza daripada segi agama, etnik dan sosiobudayanya,
memandangkan Negara Malaysia kaya-raya dengan warisan tradisinya. Walaubagaimanapun, dalam usaha
meningkatkan produktiviti organisasi dan melonjakkan pembangunan Negara,
perbezaan sebegini tidak sewajarnya dijadikan sebagai tembok pemisah, tetapi
sebagai lonjakan saujana di dalam menerajui perkhidmatan organisasi yang
bersatu. Bertitik tolak daripada hal tersebut, semua kakitangan seharusnya berpegang teguh pada konsep ‘Meraikan
Perbezaan, Mengukuhkan Persamaan’ yang juga sebenarnya merupakan salah
satu daripada agenda kerajaan dalam usaha
‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’. Cuba kita bayangkan dan renungkan sejenak,
apakah yang bakal terjadi seandainya prinsip ini tidak dihayati sepenuhnya
dalam sesebuah organisasi yang mempunyai kakitangan daripada kepelbagaian
latarbelakang? Oleh hal yang demikian, berlandaskan
semangat kekitaan atau camaraderie,
semua kakitangan perlu bergerak sebagai suatu identiti, membuang mentaliti
silo, berkongsi sumber, pengetahuan, serta kepakaran dalam menjalankan agenda
transformasi Negara seperti ungkapan bestari, ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing’ serta ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah’. Justeru,
prinsip ‘Meraikan Perbezaan, Mengukuhkan
Persamaan’ perlu dihayati sepenuhnya dalam usaha memperteguhkan konsep
bersatu, yang akan dikupas dengan lebih terperinci lagi demi kebaikan bersama
kerana ‘kalau baik jadikan teladan, kalau
tidak baik jadikan sempadan’.
SIKAP MEMPENGARUHI SETIAP TINDAKAN
Melalui konsep bersatu ini, dapatlah
diterjemahkan bahawa semuanya bermula daripada sikap setiap individu dalam organisasi itu sendiri daripada jawatan
yang paling rendah hinggalah ke jawatan yang paling tinggi, yang senantiasa
mengamalkan nilai-nilai mahmudah demi memantapkan kerja mereka. Malahan, Menurut Ainon (1997), ‘sikap ialah satu keadaan mental di mana
seseorang itu sentiasa bersiap sedia untuk bertindak balas berdasarkan
nilai-nilai peribadi seseorang itu sendiri’.
Berdasarkan
pengertian dan interprestasi
tentang sikap di atas, dapatlah dirumuskan bahawa, sikap
adalah sesuatu yang abstrak kerana sikap tidak dapat dilihat atau dirasa dengan
pancaindera, iaitu suatu proses mental yang bersifat fikiran, perasaan atau
tanggapan terhadap sesuatu objek, aspek atau situasi tertentu. Namun begitu ,
sikap individu terhadap pekerjaannya boleh
dilihat melalui gelagat seseorang itu melalui tindak balas yang
ditunjukkan itu, sama ada positif, negatif, menyetujui atau menentang yang sebenarnya boleh mempengaruhi produktiviti kerja. Malah, sikap
juga boleh menggambarkan bagaimana perasaan seseorang terhadap kerja tamsilnya “saya suka akan kerja saya”, menyatakan
sikap positif terhadap kerja. Maka, tidak hairanlah sikap individu sebenarnya
merupakan aset terpenting dibandingkan dengan modal, tanah dan bangunan. Sementelahan, sikap inilah yang bakal
menjurus kepada setiap tindakan, yang seterusnya akan mewarnai fokus
perbincangan kita mengenai konsep bersatu ini.
SANG SEMUT SEBAGAI IKUTAN TELADAN
Sebenarnya, apabila kita berbicara soal ini,
yang tergambar dalam minda kita ialah sikap
sang semut. Jika kita perhatikan dan amati dengan teliti, serangga yang
kecil ini sentiasa bersatu dalam kumpulannya, malahan tidak pernah kenal erti
penat-lelah apabila melakukan pelbagai kerja seperti membina sarang ataupun membawa
makanan untuk kumpulannya. Apa yang lebih membanggakan, kesabaran dan
kekuatannya tidak pernah pudar dan padam sehingga kerjanya selesai atau
matlamatnya tercapai meskipun beban yang dipikul adalah berpuluh-puluh kali
ganda lebih berat daripada diri mereka sendiri. Maka, tidak hairanlah jika
peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit’ sememangnya ditujukan kepada daya usaha sang semut yang
tekun dan gigih itu. Bahkan, jika kita,
insan sempurna yang diberikan kesempurnaan akal dan fizikal ini, mengaplikasikan
ketekunan si semut dalam organisasi, sudah pastinya keazaman dan kegigihan akan
menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan, dan ini tentunya mendatangkan
kepuasan kepada diri kita sendiri. Dalam konteks ini, ketekunan yang
dimaksudkan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan
sempurnanya yang sudah pasti akan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada
individu dan organisasi itu senantiasa.
Namun, harus juga dingatkan bahawa, ketekunan ini juga perlu diiringi dengan disiplin
diri yang tinggi dalam atma. Sebenarnya,
disiplin ini perlu dipupuk secara berterusan oleh seseorang individu itu.
Kaedah yang baik untuk mendisiplin diri
ialah dengan selalu membaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi kecekapan. Hasilnya,
akan membuatkan seseorang lebih bersemangat,
tabah serta sanggup menghadapi segala rintangan dan cabaran yang
merupakan strategi untuk mencapai produktiviti yang maksimun. Lantaran itu,
nilai ketekunan ini sepatutnya tersemat kukuh dalam sanubari setiap kakitangan
organisasi kerana sesungguhnya ‘ketekunan
membawa kejayaan’.
MENGHAYATI DEFINISI KERJA SEIKHLAS HATI
Dalam memacu
cita wawasan ini, seseorang kakitangan perlulah melaksanakan setiap kerja yang dilakukan
dengan hati yang tulus dan ikhlas. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum,
sejak zaman-berzaman, kerja adalah sesuatu yang dilakukan untuk hidup, sama ada
membanting tulang atau memeras otak. Bahkan, kerja bukanlah sesuatu yang
ringan, malah bagi kebanyakan manusia, bekerja merupakan suatu perlakuan yang
tiada penghujungnya. Namun begitu, jika kita mengambil pendirian yang
optimistik, kita boleh mendidik diri agar lebih ikhlas dalam melakukan pekerjaan. Pertama, bekerja hendaklah
dijadikan suatu ibadah, kerana ibadah itu membawa ganjaran. Tambahan pula,
bekerja atas dasar tuntutan memenuhi keperluan sebagai umatnya, serta keperluan
manusia sejagat akan memperkasa jati diri dan meningkatkan kualiti diri
seseorang. Sesungguhnya, kakitangan yang melaksanakan tugas mengikut bidang
kerja yang ditugaskan dengan penuh ikhlas, tanggungjawab dan ikhsan dijanjikan
keberkatan-Nya. Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan
bukan sahaja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti kita. Ia merupakan
sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan
negara. Dengan sendirinya, kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu
telah berjaya membangunkan negara. Ketiga,
jika kerja itu, kita anggap
domain atau pengkhususan kita, maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang
diiktiraf.
Lanjutan daripada perkara di atas, memahami
dan menghayati sifat ikhlas akan membantu kakitangan mewujudkan pekerjaan yang
cemerlang dan berkualiti tinggi. Apabila kerja yang dilakukan diiringi dengan
sifat ikhlas, nescaya kerja tersebut akan berjalan lancar dan sempurna tanpa sebarang
rasa hasad dengki. Kontradiksinya, tanpa
sifat ikhlas, seseorang
itu akan sentiasa
menunjuk-nunjuk, merungut dan
akibatnya, dia akan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik dan sempurna mengikut
arahan tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Tonggak Dua Belas, Institut Tadbiran Negara (INTAN), 1992,
seseorang yang ikhlas
lebih mementingkan penyelesaian
masalah berbanding mencari siapa yang melakukan kesalahan. Oleh yang
demikian, kecemerlangan jangka
masa panjang akan
diperolehi sekiranya kita berkhidmat dengan penuh
rasa ikhlas. Seperti kesimpulan
yang dibuat oleh Zaharah
Hassan (2009) berkaitan nilai ikhlas, mengatakan bahawa ‘elakkan
jalan pintas kerana dalam
membangunkan sesebuah organisasi yang berdaya saing memerlukan usaha keras dan
sekiranya ia dibina melalui usaha yang ikhlas, potensi untuk kekal berjaya
adalah lebih kukuh’.
BANTU - MEMBANTU
Mari
fokuskan pula minda kita kepada perkara seterusnya. Sebenarnya, dalam melaksanakan harapan dan
impian yang menggunung dalam merealisasikannya, inspirasi ini juga haruslah
didokong dengan kukuh melalui amalan positif yang lain tamsilnya
bantu-membantu, bertukar-fikiran, tegur-menegur, dan juga kejujuran seperti
mana yang disebutkan dalam lagu tersebut.
Sebagaimana
yang kita ketahui, dalam sesebuah organisasi, sekumpulan tenaga kerja itu
dipimpin oleh seorang ketua atau
sekumpulan ketua , maka segala gerak-laku ketua menjadi ikutan tenaga kerja
yang lain. Bagi membuktikan dengan jelas akan perkara ini, bahawasanya sejarah
telah membuktikan, banyak tamadun membangun disebabkan pemimpin-pemimpim yang.
kuat, berani dan bijaksana.
Sebaliknya pula, keruntuhan tamadun adalah
disebabkan kelemahan dan kelalaian pemimpin-pemimpin. Namun, harus diingatkan
juga bahawa, seseorang ketua juga tidak akan berjaya memimpin organisasinya
tanpa bantuan tenaga kerjanya yang lain. Oleh itu, dalam konteks ini, ketua dan tenaga kerja mestilah saling bantu-membantu ‘bagai aur dengan tebing’ dalam
pelbagai aspek kerana 'bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’. Malahan,
Rasulullah SAW ada bersabda : “Hendaklah kamu bersama jama’ah, dan
janganlah kamu berpecah daripada jama’ah”. (Hadis Riwayat al-Tarmizi).
Oleh
itu, berlatarbelakangkan aforisme ‘sakit
sama mengaduh dan luka sama menyiuk’, setiap kakitangan sewajarnya
sentiasa mempunyai keinginan dan inisiatif untuk berkolaborasi secara aktif
sama ada secara intra atau inter-agensi dengan bekerjasama dan bersepakat kala lapang dan getir. Setiap kakitangan haruslah mengambil inisiatif
untuk bergerak bersama-sama dengan mengutamakan aesprit de corps tanpa
mengira portfolio masing-masing,
sementelahan pendekatan sebegini dapat mewujudkan motivasi kepada semua
kakitangan. Perkara ini tidak lain tidak bukan, adalah demi meningkatkan kualiti dan melicinkan
pelaksanaan serta penerapan budaya kecemerlangan dalam sesebuah organisasi seterusnya
menangkis stigma negatif segelintir organisasi yang dilabelkan oleh orang awam sebagai
tidak cekap, bekerja secara silo, tidak berupaya untuk menerima idea-idea baru
dan bertindak dengan fikiran sempit.
Hasilnya, kolaborasi sebegini dapat mengoptimumkan
perkongsian sumber dan kemudahan di dalam dan di antara organisasi,
meningkatkan nilai untuk wang, meningkatkan perkongsian maklumat di semua
peringkat organisasi, meningkatkan ruang untuk sinergi idea dan meningkatkan
jati diri yang menjurus ke arah peningkatan perkhidmatan yang lebih berkualiti
dan berinovasi.
BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN
Mari
lebarkan sayap pemikiran kita akan nilai seterusnya iaitu bertukar-tukar
fikiran. Memandangkan ekonomi dunia hari ini telah beralih kepada ekonomi
berasaskan pengetahuan di samping dunia juga kian sarat dengan muatan reformasi
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), pelbagai organisasi memanafaatkannya
secara total sekaligus menunjukkan kebolehan mereka menerima pemikiran
mutakhir. Disebabkan hal ini jugalah, kakitangan perlu memanifestasikan fikiran
dengan mengisi ketandusan minda yakni menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran yang relevan dengan saling bertukar-tukar fikiran kerana penguasaan dua komponen
utama ini akan memantapkan kompetensi modal insan sedia ada.
Sememangnya,
apabila berbicara mengenai nilai bertukar-tukar fikiran, kita tidak dapat
menyangkal bahawa pengetahuan adalah aset yang sangat penting dalam sesebuah
syarikat. Namun, harus juga diingatkan bahawa, sekiranya seseorang individu menyimpan pengetahuan itu sendiri dan
enggan berkongsi dengan orang lain, maka tiada nilai yang akan tercipta.
Bahkan, pengetahuan ini sebenarnya tidak bernilai, sehingga seseorang
kakitangan itu memindahkan pengetahuan tersebut dengan memberitahu,
menterjemah, serta mendidik rakan sekerja yang lain sehinggalah rakan mereka
menerap, berkongsi dan menggunakan pengetahuan tersebut. Walaupun begitu,
pengetahuan yang dikongsi tidak hanya terhad mengenai aspek kerja tetapi aspek lebih
meluas termasuk visi, matlamat, sokongan, perasaan dan pendapat. Apa yang
menariknya, pengetahuan ini sebenarnya akan kekal pada pemilik selepas
dikongsi dengan pihak lain.
Sementelahan, peningkatan ilmu dan kemahiran
dalam kalangan kakitangan organisasi merangkumi dua jurus corpus ilmu iaitu explicit
dan tacit knowledge. Dengan bertukar-tukar fikiran, yakni apabila setiap
kakitangan berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan rakan yang lain, barulah tacit knowledge akan diperolehi, berbanding explicit
knowledge yang dipelajari secara formal seperti penguasaan bahasa ketiga serta
literasi ICT.
Hasilnya, membolehkan kakitangan meningkatkan
kecekapan dan mempercepatkan pelaksanaan kerja, menganalisis persekitaran, mengqadimkan
perubahan seterusnya menampilkan persediaan sewajarnya ke arah kemakmuran
pembangunan negara. Malahan, terjemahan
idea yang lebih segar juga dapat dihasilkan, menjurus kepada rekacipta serta
pengeluaran produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang lebih elok dan
berkualiti yang juga distilahkan sebagai inovasi dalam organisasi. Sesungguhnya, nilai bertukar-tukar
fikiran perlu dipupuk dan dibajai kerana menimba ilmu merupakan satu proses
yang berterusan dalam kehidupan manusia seperti mutiara kata ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang
lahad’.
TEGUR - MENEGUR
Mari
luaskan pula takrifan minda kita akan bagaimana nilai tegur-menegur dapat
meningkatkan produktiviti. Sebagaimana yang kita semua sudah sedia maklum, ‘tiada manusia yang sempurna’. Bahkan,
setiap manusia sering melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak oleh
mereka. Namun, pada kebiasaanya, amat jarang sekali seseorang itu menyedari
kesilapan mereka sehinggalah ada insan yang sudi menegurnya. Maka daripada itu,
sikap saling tegur menegur
seharusnya dijadikan amalan demi memperbaiki lagi urusan kerja. Malahan, Rasulullah
SAW juga bersabda: ”Janganlah ingin menjadi seperti
orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah
kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang
adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah
al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang
lain.” (HR al-Bukhari). Sebelum kita memperincikan lebih jelas mengenai
nilai tegur-menegur dalam organisasi, marilah kita hayati rangkap pantun ini :
Anak haruan mudik berenam,
Lumba-lumba menyusul tebing,
Sama mencecah si hati kuman,
Susah senang sama membimbing.
Sehubungan
itu, dalam menyuburkan nilai ini, adalah sangat wajar jika setiap organisasi
melaksanakan kaedah pementoran di peringkat organisasi mereka kerana melalui
kaedah inilah, nilai tegur-menegur dapat diaplikasikan dengan lebih meluas
sementelahan ‘tunjuk menjadi telaga budi,
ajar menjadi suluh hati’.
Apakah yang dimaksudkan dengan pementoran dan
bagaimana pula nilai tegur-menegur dapat diaplikasikan secara total dalam
kaedah pementoran? Sebenarnya, pementoran merujuk kepada aktiviti bersepadu yakni memberi bimbingan, sokongan
dan bantuan secara professional oleh
mentor bagi pembangunan diri menti. Mentor merujuk kepada seorang pegawai
berpengalaman yang dilantik oleh jabatan untuk membimbing dalam perkembangan
kerjaya seorang pegawai yang lain. Menti pula merujuk kepada pegawai yang
dipilih oleh ketua jabatan dan memerlukan bantuan serta teguran positif dalam
pembangunan diri, pemantapan serta penyesuaian kerjaya.
Pada kebiasannya, ramai dalam kalangan kita menganggap
bahawa hanya menti mendapat faedah daripada kaedah ini. Pada realitinya,
kedua-dua pihak yakni mentor.dan menti masing-masing mendapat faedahnya. Hal
ini kerana, kaedah pementoran dapat menjadikan tugas seorang mentor lebih
pelbagai sifatnya dan dapat berkongsi kejayaan dalam melahirkan pekerja yang
lebih cemerlang. Menti pula akan memperoleh
asas yang kukuh dalam memahami tahap mutu kerja yang diperlukan pada masa
sekarang dan akan datang. Dengan ini, jalinan hubungan dalam konteks latihan
dan pembelajaran antara mereka secara
berterusan dapat diperluaskan lagi. Malahan, masing-masing juga akan lebih
selesa untuk berkongsi idea dan pendapat kerana cukup arif antara satu sama
lain. Dan apa yang paling penting, mereka tidak lagi berasa segan untuk saling
menegur andainya masing-masing mempunyai kekurangan atau kelemahan pada aspek
tertentu. Namun, harus juga dingatkan bahawa, tegur-menegurlah perlulah
secara berhikmah di samping menegur
kerana ikhlas, bukan kerana perasaan amarah. Yang ditegur pula, perlu berlapang
dada dan bermuhasabah dengan teguran itu lantas menjadikannya sebagai panduan
dan motivasi untuk meningkatkan lagi mutu kerja.
Dengan ini, barulah dapat mencetuskan penambahbaikan organisasi secara berterusan di samping menjadikan sesebuah
organisasi itu lebih dinamik dan berkualiti. Hal ini kerana, kualiti bukan
sahaja merupakan sesuatu yang dapat dilihat pada keluaran atau perkhidmatan
yang menyerlah jauh daripada yang biasa, tetapi juga dalam konteks yang lebih
menyeluruh, meliputi sebarang operasi dan urusan yang dikendalikan oleh
sesebuah organisasi termasuklah juga jalinan silaturahim antara kakitangan yang
saling bersandaran dan sentiasa menegur demi kebaikan bersama.
BERUSAHA DENGAN JUJUR
Mari kita melangkah kepada perkara yang
terakhir. Dalam mengharungi onak ekonomi yang tidak menentu marcapada,
segelintir kakitangan organisasi
dilihat semakin rancak berenang dalam kolam rasuah dek kerana nilai material semakin memberkas dan
bermaharajalela akibat terbuai dengan wang
ringgit yang menggelapkan mata itu. Kegusaran akan situasi ini turut
dizahirkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz melalui nukilannya, “Satu
perkara yang menakutkan saya pada hari ini ialah peningkatan gejala rasuah.
Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang
dimiliki”. Sesungguhnya. dalam apa sahaja bidang kerja, ramai yang berdisiplin,
tetapi ada sahaja ‘kerbau yang mencalit lumpur’.
Sebenarnya, kemelut ini wujud ekoran rapuhnya nilai kejujuran dalam
sanubari mereka.
Sedangkan, Al-Quran sendiri merakamkan banyak
sekali perintah dan suruhan agar melaksanakan kejujuran. Antara nas al-Quran
yang membicarakan berkaitan sifat jujur dan amanah adalah seperti berikut "Wahai
orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan
RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya)." (Surah Al-Anfaal ayat 27).
Bagi memperluaskan lagi takrifan minda kita
akan nilai kejujuran, contoh yang paling signifikan ialah melalui gaya
kepimpinannya Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang beramanah. Pada suatu malam,
ketika beliau sedang tekun menyiapkan kerja-kerja rasminya dalam bilik istana,
tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal
yang berhubung dengan urusan keluarganya. Setelah puteranya duduk, beliau terus
memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan oleh beliau ketika
beliau bekerja. Lantas beliau menggantikan lampu tersebut dengan lampu
kepunyaannya sendiri kerana mereka mahu membincangkan hal-hal berkaitan
kekeluargaan dan peribadi mereka, iaitu urusan yang tidak berkaitan dengan
urusan rasmi kerajaan.
Berdasarkan kisah tersebut, dapatlah
dirungkaikan bahawa kejujuran penting
bagi memastikan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber- sumber awam dan
tugas-tugas yang
dilaksanakan mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Pada
hakikatnya, nilai kejujuran dapat memastikan seseorang menjalankan kewajipan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya mengikut undang-undang, prosedur
dan arahan yang berkuat
kuasa, atau istilah khususnya akauntabiliti. Manakala, nilai-nilai
seperti amanah, telus, tulus,
adil dan saksama, berkecuali dan
kebolehpercayaan itu pula diistilahkan sebagai integriti.
Sewajarnya, nilai murni ini perlu
dijadikan amalan oleh
setiap kakitangan organisasi. Kakitangan yang mempunyai
dan mengamalkan nilai ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri,
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai. Sekiranya
nilai ini tidak dititikberatkan, natijahnya ketirisan kewangan, penyelewengan, salah laku,
penipuan, rasuah dan
penyalahgunaan kuasa akan
mudah berlaku.
Kendatipun begitu, hakisan kejujuran kakitangan
tidak terbatas dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi merangkumi
dimensi yang lebih luas dan komprehensif. Justeru, kakitangan seyogia
mengekalkan imuniti dengan tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri,
kulawarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Maka, nilai kejujuran
ini seyogia disematkan secara holistik dalam
sanubari seterusnya dicerminkan oleh kakitangan melalui perlaksanaan
perkhidmatan yang telus, adil dan saksama sejajar dengan komitmen kerajaan
untuk mewujudkan pembinaan sahsiah kakitangan yang mapan demi kepentingan
sejagat. Sesungguhnya, kejujuran memainkan
peranan utama yang menyumbang ke
arah kualiti dan
imej sesuatu organisasi bahkan
merupakan pra-syarat bagi
mendapatkan keyakinan orang
awam ke atas ketelusan perkhidmatan yang dilaksanakan
oleh sesebuah organisasi itu.
KESIMPULAN
Sebagai
menggulung semua perkara yang telah diperkatakan, konklusinya, konsep bersatu dalam kalangan kakitangan
organisasi merupakan elemen penting yang harus diberi perhatian serius,
memandangkan Negara pada milineum ini berada dalam proses pembangunan yang akan
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global. Sesungguhnya, tanpa konsep
bersatu yang utuh, produktiviti tidak akan dinikmati yang seterusnya memberi
impak kepada pembangunan negara. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang
mengatakan ‘yang dikejar tak dapat yang
dikendong keciciran’ berlaku ke atas kita. Luaskanlah horizon pemikiran
untuk mengintepretasikan aspirasi kudsi Malaysia sebagai sebuah Negara yang
membangun dalam pelbagai aspek yang sudah tentunya akan memberi manafaat kepada
semua rakyat jelata. Lantaran itu,
setiap organisasi amat memerlukan kesatuan hati, kesatuan minda dan kesatuan
tindakan daripada semua kakitangan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Sinergi
daripada semua kakitangan perlu dipupuk umpama ‘sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk’ bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang
menjamin kelangsungan pembangunan negara. Biarlah matahari terus bersinar,
biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah pembangunan Malaysia terus gah di
persada sarwajagat. Akhir kalam, “jangan tanya apa yang negaramu telah beri
kepadamu- tanya dulu, apa yang telah kau beri kepada negaramu?”. Renung-renungkanlah.
(3500 PATAH PERKATAAN)
Hadiah Cinta Pencipta
Pertandingan "Penulisan Cerpen Menjejak Cinta"
Hadiah Pemenang :
Hadiah pertama : RM 1,000.00
Hadiah kedua : RM 700.00
Hadiah ketiga : RM 500.00
Saguhati : RM 300.00
Syarat-syarat Penyertaan:
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada penulis-penulis amatur yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan.
2. Setiap penyertaan adalah hak milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sebanyak 25 buah karya terbaik akan dipilih untuk dimuatkan di dalam kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan Yadim.
3. Cerita-cerita yang dimuatkan haruslah mempunyai unsur-unsur yang memberi inspirasi pengajaran, menginsafkan pembaca, mencuit emosi, catatan pengalaman dakwah terutama kepada golongan bukan muslim, interpretasi nilal kasih sayang mencakupi kasih sayang terhadap Allah, manusia, haiwan dan sesama makhluk.
4. Karya mestilah tidak melanggar syariat Islam dan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
5. Cerpen yang dihasilkan mestilah yang mendidik pembaca agar lebih menghargai nilai kasih sayang dan melihat dakwah dari kaca mata yang sangat luas.
6. Karya boleh juga dihasilkan dalam bentuk humor, monolog, melankolik, penyiasatan, misteri dan travelog.
7. Jumlah muka surat bagl setiap penulisan adalah 10 muka surat A4 sahaja. Ditaip langkau dua baris menggunakan font Times New Roman bersaiz 12 pt.
8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada muka surat pertama.
9. Karya mestilah asli dan tldak pemah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
10. Karya ditulis dalam bahasa Melayu.
11. Hadiah akan diberikan kepada tiga pemenang utama. Manakala hadiah saguhati akan diberikan kepada 22 cerpen yang terpilih untuk diterbitkan. Setiap pemenang akan menerima 5 naskhah hadiah buku kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan YADIM.
12. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak YADIM dan keputusan adalah muktamad.
Sila emelkan karya dan borang penyertaan yang lengkap kepada webmaster@yadim.com.my atau kepada
Urusetia Pertandingan Penulisan Cerpen 'Menjejak Cinta' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur (u.p. Puan Siti Suhafzan Sh Ibrahim/ Puan Anna Adnan)
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi
Tel : 03-2274 6077
Faks : 03-22732330
FB : www.facebook.com/Yayasan Dakwah Islamiah malaysia
Tarikah Tutup penyertaan pada 28 November 2014
Selamat Berjaya!!
Inilah cerpen tulisan saya. Komen yang membina sangat diperlukan :)
Hadiah Pemenang :
Hadiah pertama : RM 1,000.00
Hadiah kedua : RM 700.00
Hadiah ketiga : RM 500.00
Saguhati : RM 300.00
Syarat-syarat Penyertaan:
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada penulis-penulis amatur yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan.
2. Setiap penyertaan adalah hak milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sebanyak 25 buah karya terbaik akan dipilih untuk dimuatkan di dalam kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan Yadim.
3. Cerita-cerita yang dimuatkan haruslah mempunyai unsur-unsur yang memberi inspirasi pengajaran, menginsafkan pembaca, mencuit emosi, catatan pengalaman dakwah terutama kepada golongan bukan muslim, interpretasi nilal kasih sayang mencakupi kasih sayang terhadap Allah, manusia, haiwan dan sesama makhluk.
4. Karya mestilah tidak melanggar syariat Islam dan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
5. Cerpen yang dihasilkan mestilah yang mendidik pembaca agar lebih menghargai nilai kasih sayang dan melihat dakwah dari kaca mata yang sangat luas.
6. Karya boleh juga dihasilkan dalam bentuk humor, monolog, melankolik, penyiasatan, misteri dan travelog.
7. Jumlah muka surat bagl setiap penulisan adalah 10 muka surat A4 sahaja. Ditaip langkau dua baris menggunakan font Times New Roman bersaiz 12 pt.
8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada muka surat pertama.
9. Karya mestilah asli dan tldak pemah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
10. Karya ditulis dalam bahasa Melayu.
11. Hadiah akan diberikan kepada tiga pemenang utama. Manakala hadiah saguhati akan diberikan kepada 22 cerpen yang terpilih untuk diterbitkan. Setiap pemenang akan menerima 5 naskhah hadiah buku kompilasi cerpen 'Menjejak Cinta' terbitan YADIM.
12. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak YADIM dan keputusan adalah muktamad.
Sila emelkan karya dan borang penyertaan yang lengkap kepada webmaster@yadim.com.my atau kepada
Urusetia Pertandingan Penulisan Cerpen 'Menjejak Cinta' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur (u.p. Puan Siti Suhafzan Sh Ibrahim/ Puan Anna Adnan)
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi
Tel : 03-2274 6077
Faks : 03-22732330
FB : www.facebook.com/Yayasan Dakwah Islamiah malaysia
Tarikah Tutup penyertaan pada 28 November 2014
Selamat Berjaya!!
Inilah cerpen tulisan saya. Komen yang membina sangat diperlukan :)
HADIAH CINTA PENCIPTA
Suratan Takdir
Malam
ini dingin sekali. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hujan rintik-rintik turun
membasahi bumi. Dia melemparkan pandangannya jauh ke luar jendela. Matanya
berkaca. Akhirnya, mutiara jernih itu jatuh membasahi pipinya jua. Suaminya,
Ahmad Saifullah, telah pergi seminggu yang lalu, meninggalkan dia dan
anak-anaknya, kerana komplikasi paru-paru. Dia merenung anak-anaknya yang
sedang nyenyak tidur di kamar itu. Bagaimana harus dijelaskan mengapa Walid
mereka tidak lagi bersama mereka? Bagaimana dia harus membesarkan mereka tanpa
kasih sayang seorang insan bergelar
bapa? “Elman Hakeem, Nurul Iman, bersabarlah
sayang. Ini ujian Allah SWT buat kita. Dia tidak akan menguji hambanya-Nya di
luar kemampuannya”, bisik Puan Insyirah kepada anak kembarnya yang masih belum
mengerti apa-apa, di samping memujuk hatinya itu. Dia memeluk kedua-duanya yang
berusia genap dua tahun itu dengan erat. Sesungguhnya, kasih ibu tiada
tandingannya. Dia tahu, dia harus bangkit. Bangkit demi anak-anaknya. Bangkit demi
masa depan mereka.
Kini,
dialah ibu, dialah bapa. Dia tekad, mereka harus diberi pendidikan sewajarnya
dari usia kanak-kanak lagi. Pendidikan duniawi, agar mereka menjadi insan yang
berjaya di dunia yang sementara ini. Pendidikan ukhrawi, agar mereka menjadi
anak soleh dan solehah yang mampu membahagiakan orang tua mereka di dunia dan
akhirat yang kekal abadi.
“Insyirah, saya minta maaf.
Ini adalah keputusan pihak pengurusan. Kami terpaksa menamatkan perkhidmatan kamu
kerana kedatangan kamu begitu merosot sejak akhir-akhir ini. Minta maaf
Insyirah, saya terpaksa akur akan arahan ini”,
jelas Puan Zahra selaku ketua jabatan tanpa memandang tepat wajahnya. Dia tahu,
Puan Zahra serba salah untuk memberitahunya, kerana takut menambahkan lagi
penderitaannya. “Tidak mengapa kak Zahra,
saya faham”, katanya seraya tersenyum. Sememangnya, mereka sangat akrab
seperti adik-beradik kandung. Sebab itu jugalah, Puan Zahra meminta Puan
Insyirah memanggilnya dengan panggilan kak Zahra sahaja. Lantas dipeluknya Puan
Zahra seeratnya, kerana kasihnya dia akan insan yang banyak berjasa kepada
keluarganya. Air mata mereka bercucuran. Bagi Puan Insyirah, inilah saat dia
terpaksa berjauhan dengan sahabatnya itu. Tetapi tidak bagi Puan Zahra,
walaupun sahabatnya itu akan berhenti kerja, tali silaturrahim mereka tidak
akan terputus. Dia teringat akan
suatu hadis, daripada Ibn Umar, Rasulullah
SAW bersabda, “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak
menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang
melepaskan hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu
kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada
kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban)
saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat
Al-Bukhari dan Muslim).
Ya! Puan Insyirah saudara seagamanya, jadi dia sewajarnya melepaskan saudaranya
daripada kesempitan. Dia tersenyum, kerana di fikirannya sudah ada idea untuk
membantu sahabatnya itu, sambil membiarkan Puan Insyirah terus mengalirkan air
mata untuk menenangkan perasaannya. “Terima
kasih Kak Zahra, saya keluar dulu, nanti saya kemaskan meja saya”. Puan
Insyirah meninggalkan ruang pejabat itu dengan perasaan bercampur-baur. Sebelum
pulang, dia bertemu dengan teman sepejabatnya yang lain. Masing-masing
mengalirkan air mata kesedihan. Sepanjang sepuluh tahun Puan Insyirah di situ, semua
rakannya sangat menyenangi keperibadiannya yang peramah dan sopan-santun. Jauh
di sudut hatinya, dia pasti akan merindui mereka. Akhirnya, dia terpaksa akur,
khidmatnya sebagai penyunting bahan tulisan berilmiah tidak lagi diperlukan di
Syarikat Percetakan Azmira.
Dia termenung mengenangkan
nasib mereka sekeluarga. Wang simpanannya hanya cukup untuk menyara kehidupan
mereka selama beberapa bulan sahaja. Lama-kelamaan, dia harus berikhtiar
mencari wang. “Umi, esok Adik tak nak
pergi lagi rumah Mak Cik Limah. Dia garang. Kalau Adik dengan Abang Elman bising-bising,
dia marah-marah kami”, kata Nurul Iman yang mula petah berkata-kata. Kini,
usia mereka hampir empat tahun. Sebenarnya, dia meminta tolong jirannya itu menjaga
mereka. Diupahnya setakat yang termampu. Jadi, dia tidak hairan mengapa Mak Cik
Limah sering marah-marah “Ya Adik, esok Adik
dan Abang Elman duduk dengan Umi kat rumah ya. Umi dah tak kerja kat situ”,
jawabnya sambil tersenyum. Mereka melompat riang. Akhirnya mereka dapat bersama
Umi mereka sepanjang masa. Bagi Puan Insyirah pula, sesungguhnya, tiada yang
lebih menggembirakan selain dapat bersama insan tersayang, dan melihat mereka tertawa
riang.
Kasih Seorang Sahabat
“Ambilah Insyirah, akak cuma
nak bantu kamu. Demi masa depan anak-anak kamu juga. Tak lama lagi mereka akan
bersekolah, banyak keperluan mereka kamu kena sediakan. Mereka pun dah macam
anak-anak akak. Sejak suami akak meninggal tiga tahun lepas, selain anak
tunggal akak, Aiman Fattah tu, kamu sekeluargalah tempat akak berkongsi kasih
sayang, berkongsi tawa, suka dan duka. Terimalah pemberian ini”, pujuk
Puan Zahra. Akhirnya, dia akur setelah berulang kali dipujuk. Benar, di saat
ini, dia sangat memerlukan wang. Dia malu untuk meminta, bahkan dia juga malu
kerana terlalu banyak pertolongan Puan Zahra kepada keluarganya. Tetapi, pertolongan
sahabatnya itu selalu tepat pada masa dia kesempitan. Dia berjanji, jasa
sahabatnya akan dibalasnya suatu hari nanti. Benarlah, Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang
yang jahat persis berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang
menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda
sebahagian, atau anda membeli bau-bauan daripadanya, atau sekurang-kurangnya
anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula, samada ia menyebabkan
baju anda terbakar, atau anda mendapat bau yang hapak.” (Hadis Riwayat Abu Daud). Baginya,
Puan Zahra seperti pengedar minyak wangi bagi keluarganya, sambil memerhatikan
Elman Hakeem, Nurul Iman dan Aiman Fattah bermain dengan kucing peliharaan
mereka, Si Cat dan Si Mun. Dari awal lagi, mereka berdua mendidik anak
masing-masing akan pentingnya kasih terhadap makhluk terutamanya haiwan, kerana
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “berbuat
ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya”. (Hadis
Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mereka sangat berharap agar anak-anak itu membesar sebagai insan mulia yang
penuh dengan sifat kasih sayang sesama makhluk ciptaan Allah SWT, sambil berzikir
dalam hati memuji kebesaran Allah SWT tanda kasih kepada Pencipta mereka.
Dengan menggunakan wang
pemberian sahabatnya itu, Puan Insyirah mula berniaga kecil-kecilan. Dia
membuat nasi lemak di rumah, yang kemudiannya dihantar ke warung-warung
berdekatan, untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Jualannya sangat laris.
Masakan tidak, aromanya sahaja mampu membuatkan pelanggan kecur air liur. Di
samping itu, dia juga mula menjadi penulis buku ilmiah secara sambilan di
rumahnya, dengan harapan agar usaha dakwahnya dapat disebarkan kepada umum. Dia
bersyukur, sekurang-kurangnya selesai sahaja membuat nasi lemak dan menulis,
dia berpeluang mengajar anak-anaknya mengaji dan bersolat serta meluangkan masa
bersama-sama. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak seawal usia empat tahun seperti mereka
memerlukan sepenuh perhatian daripadanya.
Keprihatinan Insan Berlainan
Agama
Sepuluh
tahun berlalu. Dia meniti hari-harinya dengan tabah. Dia kini sudah berpindah
ke Bandar dan menjadi jurujual di kantin sekolah. Di situ jugalah Elman Hakeem dan Aiman Fattah menimba ilmu. “Umi, petang nanti kami nak pergi ke rumah
kawan kami. Nama dia Mei Fen. Rumah dia di kawasan perumahan belakang sekolah”,
kata Elman Hakeem kepada Uminya. “Tak
usahlah Elman, Aiman, tempat tu jauh. Lagipun Ibu Aiman minta Umi tolong
tengok-tengokkan kamu. Hari ni Ibu balik lewat, ada mesyuarat”, jawab Puan
Insyirah. Kini, mereka tinggal berjiran di bandar. “Tolonglah benarkan kami pergi Umi. Kami baru sahaja kenal Mei Fen, dia
baik sangat-sangat Umi. Dia yang tolong selamatkan Si Belang daripada dilanggar
kereta hari itu. Mak ayah dia pula selalu tumpangkan kami pulang dari sekolah
kalau Pak Cik Man terlewat ambil kami”, rayu Elman Hakeem lagi. “Betul tu Umi, lepas ni, tentu dia berpindah
lagi. Nanti susah lah kami nak berjumpa dia lagi. Ayah dia kan usahawan”. Aiman
Fattah bersuara menyokong kata-kata Elman Hakeem. Sejak kecil lagi dia
memanggil Puan Insyirah Umi, manakala Elman Hakeem pula sudah dibiasakan
memanggil Puan Zahra sebagai Ibu, tanda eratnya ikatan kekeluargaan mereka. Puan
Insyirah serba-salah. Risau benar dia hendak membiarkan mereka berdua
berbasikal ke sana. Lagipun, rumah Mei Fen agak jauh dari rumah mereka.
Akhirnya, dia memutuskan untuk menghantar mereka ke sana dengan kereta, dan
mengambil mereka lewat petang nanti.
“Terima
kasih Encik Lim, tidak tahu bagaimana saya hendak balas budi Encik Lim. Kalau
Encik tak datang, tak tahulah bagaimana nasib saya. Tiba-tiba tayar kereta ni
bocor, bengkel pula dah tutup malam-malam begini”, kata Puan Insyirah
kepada bapa Mei Fen. “Tak ada apa lah Puan, lagipun masa Puan Insyirah
telefon saya tadi, kebetulan saya pun hendak ke kedai runcit, jadi saya terus
datang ke sini”, jawabnya sambil tersenyum. “Terima
kasih juga sebab selalu tumpangkan Elman dan Aiman waktu pulang dari sekolah.
Mereka banyak ceritakan kepada saya tentang kebaikan Encik Lim sekeluarga”.“ Sama-sama Puan.
Lagipun saya dah anggap mereka macam anak saya sendiri. Isteri saya minta maaf
kerana tak dapat ikut sekali. Dia sedang mengemas barang-barang bersama Mei Fen.
Lusa kami sekeluarga akan pindah. Harap dapat jumpa lagi dengan Puan Insyirah sekeluarga”,
jawab Encik Lim. Sebelum pulang, anak-anak remaja itu bersalaman dengan Encik
Lim. Mereka mengucapkan terima kasih dan memeluk Encik Lim kerana melayan
mereka dengan baik selama ini. Puan Insyirah bersyukur kerana ada insan sebaik
Encik Lim walaupun mereka bukan sahaja berlainan agama, bahkan berlainan adat
resam dan budaya. Dalam perjalanan pulang, dia menasihati mereka berdua supaya
sentiasa berbuat baik sesama manusia meskipun berlainan agama. Katanya, “Allah SWT
bersabda dalam Surah al-Hujaraat ayat 13: Wahai manusia! Sesungguhnya telah
Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami
jadikan kamu bergolongan dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal di
antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang bertakwa, paling mulia di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki”. Kedua-duanya tersenyum, sambil
menikmati keindahan Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam, di samping memuji
keindahan alam ciptaan Allah SWT itu.
Usaha Tangga Kejayaan
Hari
ini merupakan hari yang sangat bermakna buat Puan Insyirah dan Puan Zahra, kerana
kedua-duanya akan menghadiri majlis konvokesyen anak lelaki mereka. Elman Hakeem
dan Aiman Fattah kini sudah berumur 26 tahun dan masing-masing berjaya
menamatkan pengajian dalam jurusan Sarjana Pengajian Akidah dan Agama serta
Sarjana Dakwah dan Pengurusan Islam. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah
menengah, dan akhirnya ke universiti yang sama, mereka sentiasa gigih berusaha
dan bersaing secara sihat untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Tiada
kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan Puan Insyirah dan Puan Zahra ketika
ini. Namun, kedua-duanya sedikit terkilan. Kalaulah mereka dapat meraikannya sebagai
sebuah keluarga yang lengkap, pasti suasananya lebih meriah. Mereka pasti, anak-anak
mereka juga berharap sedemikian. Walaubagaimanapun, mereka tetap tabah dan
menerima qada’ dan qadar Allah SWT dengan redha. Sesungguhnya Allah SWT Maha
Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Usai sahaja sembahyang Maghrib berjemaah,
berimamkan Elman Hakeem, kedua-dua anak itu memeluk ibu masing-masing. Hari ini,
mereka tersenyum puas kerana dapat melihat keriangan di wajah ibu masing-masing.
Mereka bukan sahaja berjaya menamatkan pelajaran bersama-sama tetapi kedua-duanya
juga telah berjaya mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan dalam
jurusan yang diambil. Bagi kedua-dua anak muda ini, inilah salah satu cara
mereka membalas jasa ibu mereka, yang membesarkan mereka dengan penuh perhatian.
Puan Insyirah dan Puan Zahra menitipkan pesan buat anak mereka sesudah mereka
tiada kelak. Kata mereka, Rasulullah SAW
telah mengingatkan, terdapat tujuh perkara yang harus dilakukan oleh anak-anak,
bagi memastikan agar pahala akan terus berpanjangan sampai kepada ibu bapa yang
telah meninggal dunia. Pertama ialah, hendaklah mereka
sendiri yang menjadi imam untuk solat jenazah Umi dan Ibu mereka nanti.
Pesanan kedua ialah, sentiasa
mendoakan ibu bapa masing-masing. Seterusnya ialah, sentiasa menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan
ibu bapa ketika hayatnya. Dalam pada itu, sekiranya semasa hayat ibu bapa pernah
bernazar puasa, dan anak-anak tahu mereka tak sempat menunaikannya, maka
anak-anak wajib menggantikan puasanya. Selain itu, gantikan haji bagi ibu bapa yang
tak sempat tunaikan ibadah haji, serta upah haji untuk ibu bapa yang tak
berpeluang menunaikan haji semasa hayatnya. Pesanan keenam mereka buat
kedua-dua anak muda itu ialah buat amal soleh dan kebajikan serta niatkan untuk
ibu bapa masing-masing, kerana pahala tersebut akan sampai kepada mereka secara
langsung, yakni sepantas cahaya. Yang terakhir sekali ialah, menunaikan janji
ibu bapa semasa hayat mereka, yang anak-anak ketahui mereka tak sempat menunaikannya.
Kedua-dua mereka mengangguk, lalu mengenggam erat dan mencium tangan ibu
masing-masing sambil berjanji akan melaksanakan pesanan ibu mereka kelak.
Pertemuan tidak Diduga
“Encik, terima kasih sebab
selamatkan saya. Nyaris-nyaris saya dilanggar kereta tadi”,
tutur gadis itu dengan sopan. Aiman Fattah mengangguk seraya tersenyum. Manis
sungguh gadis di hadapannya itu . “Kenalkan,
saya Mei Fen”. “Mei Fen ? Anak Uncle Lim
? “Ya saya, bagaimana awak kenal bapa saya? “Saya Aiman Fattah, awak ingat lagi
tak ? Dahi Mei Fen berkerut, cuba mengingati sesuatu. Wajah ini seperti
pernah dilihatnya dahulu. “Ya, saya sudah
ingat, awak ini Aiman Fattah. Kita berkawan semasa berumur 14 tahun dahulu. Oh
ya, Elman pula di mana sekarang ?”, tanya
Mei Fen. “Elman ada di rumah, lain kali saya
bawa kamu jumpa Elman ya”, jawab Aiman Fattah dengan gembira. Sebenarnya, ada
suatu hal penting yang ingin ditanya Aiman Fattah kepada gadis itu. Tetapi dipendamkan
dahulu, kerana mereka baharu saja berjumpa setelah lama terpisah. Dia pasti
akan bertanya soalan tersebut di lain waktu. Sebelum beredar, mereka saling bertukar-tukar
nombor telefon.
Setelah
lama berhubung melalui panggilan telefon, barulah Aiman Fattah mengetahui
rupa-rupanya Mei Fen beragama Islam. Malah, dia lebih selesa jika dipanggil
Nurul sahaja. Patutlah hari itu dia berbaju kurung dan memakai tudung. Terjawab sudah segala persoalan yang bermain
di mindanya selama ini. Dia tersenyum sendiri. Sesungguhnya, dia tidak mahu
berlengah lagi. ‘Akan ku bawa Nurul
berjumpa keluargaku suatu hari nanti’, getus hatinya.
Janji Allah SWT Itu Pasti
Puan
Insyirah memeluk gadis itu dengan eratnya. Air matanya tidak berhenti mengalir.
Doanya akhirnya dimakbulkan Allah SWT. Anak perempuannya sudah berada di depan
matanya kini. Tidak putus-putus dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.
Aiman Fattah sendiri sungguh terkejut. Sungguh dia tidak menyangka, Nurul ialah
Nurul Iman, adik kembar Elman Hakeem. Elman Hakem sangat gembira. Dia
berterusan mengucapkan terima kasih kepada Aiman Fattah. Kerana sahabatnya itu,
dia dapat berjumpa kembali dengan adik kesayangannya itu. Rupa-rupanya Mei Fen
dan Nurul Iman adalah orang yang sama. Baru mereka sedar kenapa raut wajah Mei Fen
dulu agak berbeza dengan kanak-kanak Cina yang lain. “Umi janganlah sedih lagi, Adik ada dengan Umi sekarang. Nanti Adik
bawa Umi, Ibu, Abang Elman dan Aiman jumpa Papa dan Mama ya. Mereka baik
sangat-sangat Umi”, tutur Nurul Iman dengan lembut. Puan Insyirah
mengangguk sambil tersenyum. Puan Zahra yang sedari tadi memerhatikan mereka
juga tersenyum gembira. Peristiwa kehilangan Nurul Iman, 22 tahun yang lalu
kembali bermain di minda mereka.
Di mana Iman ?
“Umi, Adik... Adik pergi
cari Si Mun kat taman... Adik tak balik lagi... Abang dah cari Adik, tapi tak
jumpa. Adik hilang Umi...”, beritahu Elman Hakeem dalam
tangisan. Puan Insyirah yang leka membungkus nasi lemaknya pada pagi itu
sungguh terkejut. Lantas dia meninggalkan kerjanya, dan berlari ke luar rumah
sambil memanggil Nurul Iman. Dia tidak sanggup kehilangan Nurul Iman, anak
bongsu kesayangannya. Elman Hakeem yang masih menangis teresak-esak hanya
mengekori langkah Uminya dengan lemah. Dia menangis kerana takut dimarahi akibat
leka bermain dan membiarkan adiknya pergi ke taman sendiri.
Dengan bantuan penduduk kawasan
perumahan itu, mereka berusaha mencari Nurul Iman, tetapi hingga ke lewat
petang, masih belum menunjukkan tanda-tanda anaknya akan ditemui. Sukar untuk
mereka menjumpainya kerana kawasan perumahan itu sangat luas, hari pula sudah
mulai lewat malam. Kepalanya mula terasa pening, pandangannya mula kabur.
Dia cuba membuka matanya. Kepalanya
masih lagi berdenyut. “Kak, saya kat mana
? Anak saya mana kak ? Iman mana kak ?”, soalnya sebaik sahaja dia membuka
mata. “Kamu di hospital. Berehatlah dulu.
Mak Cik Limah telefon akak dan ceritakan semuanya tadi. Akak dah laporkan kepada
pihak polis. Biar mereka uruskan semuanya. Banyak-banyakkan berdoa supaya Iman
cepat dijumpai”, tutur Puan Zahra dengan lembut. Dia hanya mampu mengangguk
lemah, tidak terdaya untuk berkata-kata. Dia melemparkan pandangannya ke sudut
bilik itu, dilihatnya Elman Hakeem masih menangis teresak-esak. Kasihan anak
kecil itu. Terbit rasa bersalah dihatinya. Walaubagaimanapun, Elman Hakeem tetap
anaknya. Tidak wajar dia memarahi anaknya itu tadi. Malam itu, Puan Zahra tidur
di sisi katil menemaninya. Elman Hakeem pula tidur di sofa bersama Aiman Fattah.
Dia cuba melelapkan mata tetapi tidak terdaya. Ibu mana yang tidak risau bila
anaknya hilang ? Ibu mana yang tidak gelisah bila tidurnya sunyi tanpa pelukan
seorang anak ? Air matanya gugur lagi. Lebih laju daripada siang tadi.
Bagaimana jika berlaku sesuatu yang tidak elok kepada Nurul Iman ? Fikiran
negatif itu mula menguasai benak fikirannya. Cepat-cepat dia beristighfar.
Semoga ada harapan agar anaknya dijumpai dengan segera yang mungkin. Dia tidak
akan berhenti berdoa. Dia tahu doa adalah senjata yang kuat. Hanya doa yang
mampu mengubah takdir.
Bahagia Membawa Sinar
Nurul
Iman membawa ibu bapa angkatnya berjumpa ibu dan abang kandungnya. Puan Zahra
dan Aiman Fattah turut berkumpul bersama mereka. “Saya minta maaf Puan Insyirah, saya cuba mencari rumah puan waktu itu.
Tapi Nurul belum mengerti apa-apa. Dia tidak ingat jalan ke rumahnya. Kebetulan
hari sudah lewat malam. Kami tidak sampai hati melihat dia menangis
keseorangan. Sebab itu lah kami bawa dia balik ke rumah kami. Kami cuba mencari
Puan sekeluarga selama ini, tetapi tidak berhasil memandangkan kami sering
berpindah-randah”, tutur Encik Lim dengan rasa bersalah. Walaupun sangat
sedih kerana berpisah bertahun-tahun lamanya, Puan Insyirah tetap berterima
kasih kepada mereka. Mujurlah anaknya ditemui oleh keluarga yang baik seperti
mereka. Lebih mengharukan lagi, Encik Lim mengambil pembantu rumah berbangsa
Melayu dan beragama Islam semata-mata kerana Nurul Iman. Dia dan isterinya, Puan
Susan mahu Nurul Iman membesar dengan agama asalnya. Malah, Nurul Iman tidak
sesekali dihalang mengamalkan cara hidup Islam. Hasil didikan mereka, Nurul
Iman kini bergelar seorang doktor. “Kita
lupakan sahaja kisah lama. Apa yang paling penting, Nurul Iman kini bersama
kita semua. Marilah kita mulakan hidup baru sebagai sebuah keluarga yang besar”,
ujar Puan Insyirah lagi. “Betul tu Umi,
marilah kita mulakan hidup baru, sebagai sebuah keluarga yang besar”, tambah
Elman Hakeem sambil menepuk bahu Aiman Fattah di sebelahnya. Ketawa mereka berderai
apabila melihatkan gelagat Aiman Fattah dan Nurul Iman yang tidak senang duduk
diusik begitu.
Hidayah Milik Allah
Hari
ini, keluarga besar itu keluar daripada pejabat agama dengan hati yang lapang. Terpancar
senyuman riang di wajah masing-masing. Nurul Iman ternyata sangat gembira saat ini.
Encik Lim atau nama Islamnya, Rafiqi Hamlan dan Puan Susan atau Siti Raudhah, kini
sudah rasminya memeluk agama Islam. “Sebenarnya,
sudah lama terdetik di hati kami untuk mengenali Islam dengan lebih dekat,
tetapi ada sahaja halangan. Kawan-kawan kami yang beragama Islam juga ramai
yang mengajak kami mendalami agama Islam. Tetapi, pada waktu itu, kami belum
bersedia dan faham mengenai Islam. Tambahan pula, kebanyakan mereka tidak
mengamalkan cara hidup Islam, dan menunjukkan keperibadian Islam yang sebenar, membuatkan
kami agak ragu-ragu”, tutur Encik Rafiqi Hamlan dengan sebak. Tambah Puan Siti
Raudhah pula, “mujurlah Allah SWT
mempertemukan kami dengan Nurul Iman, permata yang tidak ternilai. Kerananya
kami tahu dan mengerti tentang agama Islam. Malahan, ketulusan dan keikhlasan
hati kamu sekeluarga membuatkan pintu hati kami terbuka untuk mengenali Islam
dengan lebih dekat. “Alhamdulilah. Sesungguhnya hidayah itu
milik Allah SWT. Hidayah bukan milik kita, juga bukan milik sesiapa,
bahkan bukan milik Rasulullah SAW. Lagipun, hidayah itu sendiri bermaksud
cahaya petunjuk daripada Allah SWT, kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, untuk
menuju jalan yang benar dan diredhai-Nya. Malahan, kami sekeluarga sebenarnya
sangat bersyukur kerana menjadi sebab-musabab untuk Encik Rafiqi dan Puan Siti
menerima hidayah”, tutur Puan Insyirah dengan
lembut. “Betul
tu. Lagipun, fitrah manusia yang ingin kepada perkara yang baik dan benar,
sebenarnya sangat bertepatan dengan
konsep hidayah yang diberikan oleh-Nya. Bukankah Papa dan Mama sangat baik dengan Iman dan kami sekeluarga
selama ini? ”, Nurul
Iman yang sedari tadi tersenyum bersuara menyokong kata-kata Uminya itu. Akhirnya,
doanya supaya Allah SWT membuka pintu hati kedua ibu bapa angkatnya agar
memeluk Islam makbul jua. “Betul
tu, saya setuju dengan Insyirah dan Iman. Lagipun, nak berdakwah tak semestinya
kena jadi ustaz dan ustazah. Sebenarnya, menunjukkan keperibadian yang terpuji juga
merupakan salah satu daripada usaha dakwah yang dianjurkan oleh Islam”,
kata Puan Zahra pula. Encik Rafiqi Hamlan dan Puan Siti Raudhah mengangguk
seraya tersenyum. Mereka bersyukur kerana telah menemui jalan kebenaran dan dipertemukan
dengan keluarga ini, kerana ada saja nasihat berguna buat
mereka. Hati mereka berdua kini terasa sangat lapang dan tenang. Tidak pernah
mereka merasakan perasaan sedamai sebegini sebelum ini.
Lembaran
Baru
Usai
sahaja menunaikan solat Isyak berjemaah, mereka semua berkumpul di ruang dewan Maahad
Tahfiz Sains al-Taqwa yang dibina hasil perkongsian Encik Rafiqi Hamlan, Puan
Siti Raudhah, Puan Insyirah, Puan Zahra dan anak-anak mereka. Mereka berharap
dengan tertubuhnya pusat ilmu ini, akan lahirnya ilmuwan Islam yang profesional
dalam pelbagai cabang ilmu duniawi dan ukhrawi. Bersebelahan Maahad Tahfiz
Sains al-Taqwa pula, didirikan Madrasah An-Nur, khusus untuk golongan mualaf
belajar berkenaan akidah, ibadah, akhlak dan semua perkara berkaitan agama
Islam, selain memberi kefahaman yang jelas mengenai Islam kepada golongan bukan Islam, yang berminat mendalami agama
Islam. Puan Insyirah pula, semakin aktif menulis buku ilmiah secara sepenuh
masa, semata-mata ingin memperkembangkan lagi usaha dakwahnya melalui penulisan
pena, kerana dakwah boleh disampaikan dalam apa cara sekalipun.
Mereka berazam akan berterusan berdakwah dengan baik supaya orang lain dapat berfikir
tentang kebenaran Islam. Lebih-lebih lagi, Islam mewajibkan umatnya
berdakwah mengikut kemampuan masing-masing, sesuai dengan sabda Rasulullah
SAW, “Sampaikan
dariku walaupun satu ayat”. (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Majlis
perkahwinan Aiman Fattah dengan Nurul Iman pula telah diadakan serentak dengan
majlis perkahwinan Elman Hakeem dan Damia Qistina, kawan sekuliahnya di kolej
dahulu. “Alhamdulilah, akhirnya selesai
sudah majlis mereka. Benda yang baik, elok dipercepatkan”, ujar Puan Insyirah
sambil tersenyum dan memandang wajah pengantin tersebut satu-persatu dengan
penuh kasih sayang seorang insan bergelar ibu. “Benar itu, lagipun Allah SWT sudah menjelaskan dalam Surah Ar-Rum, Ayat 21, “Dan
di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”,
ujar Encik Rafiqi Hamlan, yang sudah banyak belajar tentang agama Islam setelah
memeluk Islam dua tahun yang lalu, sambil memandang kedua-dua pasangan
pengantin itu.
Hari
ini, Puan Insyirah, Puan Zahra, Elman Hakeem, Nurul Iman, Aiman Fattah, Damia
Qistina, Encik Rafiqi Hamlan dan Puan Siti Raudhah selamat tiba di lapangan
terbang setelah dua minggu pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Masing-masing bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat dengan sempurna di
tempat yang menjadi impian seluruh umat Islam di dunia itu. Mereka berharap
dapat ke sana bersama lagi. Sesungguhnya, Kaabah adalah tempat yang paling indah
dibandingkan tempat-tempat lain di seantero dunia.
Mereka
sekeluarga berkumpul di rumah Puan Insyirah untuk makan malam. Masing-masing menadah tangan kesyukuran
setelah diberitahu bahawa Nurul Iman dan Damia Qistina disahkan sudah hamil.
Akhirnya doa Elman Hakeem dan Aiman Fattah di Tanah Suci termakbul. “Nampaknya ada harapanlah untuk kami
mendapat dua pasang cucu kembar”, usik Encik Rafiqi Hamlan menyebabkan mereka
semua ketawa, memecah kesunyian malam itu. Sesungguhnya, takdir telah memisahkan
Nurul Iman daripada keluarga kandungnya tetapi takdir jugalah yang
mempertemukan mereka, sebagai sebuah keluarga besar yang dilimpahi kebahagiaan
dalam nikmat Islam yang sesungguhnya. Bagi Puan Insyirah, inilah hadiah cinta daripada
Pencipta yang sememangnya amat bermakna buat mereka sekeluarga.
TAMAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)