Monday 24 November 2014

Kanser: Antara Mitos dan Realiti


Berdasarkan perangkaan mutakhir oleh Institut Kanser Nasional (IKN) danKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Hari Kanser Sedunia,4 Februari 2014 yang bertemakan ‘Memaparkan Kepalsuan Mitos’,menunjukkan bahawa jumlah pesakit kanser di Malaysia berterusan meningkat dengan kira-kira 25,000 kes baharu direkodkan setiap tahun sekaligus menjadikan kanser faktor pembunuh kedua di negara ini selepas penyakit jantung, yang mana kanser payudaraadalah kanser paling kerap menyerang kaum hawa  diikuti kanser pangkal rahim,kanser ovari dan kanser uterus.Kanser yang kerap menyerang kaum adam pula ialah kanser prostat,diikuti kanser paru-paru,kanser kolorektal dan kanser perut. “Penambahan ini menunjukkan penduduk Malaysia semakin terdedah denganrisiko kanser dan bilangan ini dijangka meningkat jika tidak dibendung”,kata ahli akademik di Akademi Sains Malaysia (ASM),Profesor Datuk Dr.Looi Lai Ming, Di persada jagatraya pula, laporan mutakhir daripada  The International Agency for Research on Cancer (IARC),menunjukkan kanser masihmenjadi punca utama kematian di seluruh dunia dengan 8.2 juta kematian pada tahun 2012.Kejadian kanser pada peringkat global bagi tempoh lebih empat tahun pula telah meningkat sebanyak 11% dan mencecah 14.1 juta kes pada tahun 2012 yakni jumlah yang menghampiri populasi penduduk di bandar terbesar India (Mumbai).Malahan,kes kanser di serata dunia diramalkan meningkat sebanyak 75% dan hampir mencecah  25 juta kes bagi dua dekad akan datang. Fakta yang menggerunkan ini pastinya menjadi sebab-musabab mengapa kanser menjadi mimpi paling ngeri bagi masyarakat kontemporari.

Namun,persoalan yang bermain di gawang minda kita sekarang  ialah,bagaimana kanser bermula?Secara saintifiknya,kanser wujud dari satu sel tidak normal yang melalui berbagai peringkat tamsilnya acute inflammation-chronic inflammation-pathological hypertrophy-pathological hyperplasia–metaplasia-dysplasia dan seterusnya maglinancy (kanser) di mana sel ini berubah menjadi sel tidak normal.Seterusnya,samada sel itu nomal atau  tidak normal,mereka melalui proses mitosis yakni belahan pendua satu jenis sel somatik yang membuat replika 100% persisnya.Apabila sel-sel tidak normal ini semakin tidak terhitung,ia membentuk jisim barah,kemudian membesar dan membiak dengan sewajarnya  malahan hidup lebih lama daripada sel normal selain boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting melalui sistem limfatik dan peredaran darah seterusnya merencatkan fungsi organ dan proses kehidupan vital.
Walaubagaimanapun,dalam era pascamoden serta sarat dengan muatan ledakan sains dan teknologi maklumat dalam lingkaran mayapada,tegarkah kita melihat masyarakat murba terus dibelenggu pemikiran ortodoks dan jumud ‘bagai katak di bawah tempurung’ yakni mudah terpedaya dengan mitos berkaitan kanser yang berterusan disebarkan?Sejauh manakah mitos ini boleh diambil-kira,walhal heterogen bukti saintifik yang konklusif lagi konkrit daripada inteligensia persis aforisme ‘jauhari jua yang mengenal manikam’ dapat menyangkal mitos sebegini?  
Mitos perdana ialah kanser adalah ketentuan  Tuhan semata-mata. Benar,kenyataan ini memang tidak boleh dinafikan kerana semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan tetapi seyogia dipasakkan dalam minda bahawa kanser dapat dicegah melalui gaya hidup efisien. “Sungguh menyedihkan apabila pada tahun 2011 masih ramai orang yang meninggal akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet,mengekalkan berat badan yang sihat,aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain, "kata Martin Wiseman,Penasihat Perubatan dan Saintifik Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF).Menurutnya lagi,di China saja sebanyak 620,000 kes kanser atau 27% boleh dicegah,manakala di Amerika Syarikat (AS) sebanyak 35% atau 340,000 kes dan di Britain sebanyak 37% atau 79,000 kes.Maka daripada itu,kita perlu buang sikap menyalahkan takdir kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.
Sementara itu,masyarakat muasir turut melabelkan kanser sebagai hukuman bunuh. Masalahnya,masyarakat mutakhir lebih suka menjadikan penyakit sebagai alasan untuk ‘menyerah kalah sebelum berjuang’  walhal ‘tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali mati’. Ghalibnya,jika dikesan awal,kanser boleh dirawat kerana revolusi kelengkapan rawatan lengkap tersedia relevan dengan peredaran zaman.  Realitinya,pelbagai inisiatif diimplementasikan pada abad milinieum ini  mencakupi pembedahan,kemoterapi,terapi radiasi,immunoterapi, terapi cytoluminescent dan rawatan ujian barah. Namun,yang membezakan adalah cepat atau lambat efektifnya rawatan  itu.Jusifikasinya,jangkamasa pesakit kanser dapat hidup satu tahun selepas menjalani sesi kemoterapi menunjukkan 20% rawatan kemoterapi dikira berjaya dan begitulah seterusnya sehingga pesakit hidup selama lima tahun menunjukkan 100% rawatan tersebut berhasil bahkan merupakan suatu bonus kepada pesakit yang hidup melebihi lima tahun kerana  berjaya melampaui had 100% perubatan kemoterapi. Ingatlah bahawa,‘sesungguhnya sabar itu penghilang penat, tekun pembawa dekat’.Sementelahan,mengikut laporan World Health Organisation (WHO),sebanyak 80% kes kanser di Amerika Syarikat  dapat diselamatkan implikasi dikesan di peringkat akar umbi.Bukan itu sahaja,di Malaysia sendiri juga,sejak penubuhan  Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Yayasan Inisiatif Pendidikan Barah (CARIF) ,pakar kanser organisasi ini begitu optimis dan pesimis berkolaboratif menjelajah ke seluruh Eropah dan telah menemui variasi prakarsa baru untuk merawat kanser.Penemuan demi penemuan inilah yang terus diperkasakan melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mencungkil pendekatan perubatan signifikan bagi meminimakan kos rawatan kanser yang mahal.Hasilnya,mereka mendapati percantuman minhaj perubatan moden Barat dan Timur jauh lebih berpatutan dan amat besar mujarabnya.Jelas di sini,kanser boleh diubati tetapi masyarakat sarwa perlu ditarbiah akan peri pentingnya kesedaran holistik untuk berubat semenjak hari pertama mereka didiagnosis menghidap kanser seterusnya menempelak mitos kanser ialah hukuman bunuh semata-semata.
Di samping itu,sesetengah masyarakat murba menganggap kanser hanyalah isu kesihatan semata-mata walhal kanser juga melibatkan kemelut psikologi,sosial  dan rohani sementelahan ia tidak boleh dipandang enteng kerana mampu membunuh dalam diam,melemahkan keyakinan diri dan keluarga serta menjejaskan sistem ekonomi belakang hari.Maka,adalah tidak absurd jika kita dapati pesakit kanser bersikap negatif tamsilnya bacul,pemarah,kadang-kala evasif juga egosentrik selain sentiasa memerlukan privasi.Dalam situasi ini,adalah tidak wajar menuding jari kepada pesakit atas perubahan mendadak tersebut kerana mereka sebenarnya mengalami konflik jiwa natijah terlalu banyak berfikir.Mereka pastinya tertanya-tanya adakah peluang untuk mereka hidup masih cerah ataupun malap terutamanya bagi pesakit kanser tahap tiga dan empat,bagaimana pula nasib kulawarga di bawah tanggungan jika mereka tiada besok lusa,dan kalaupun mereka boleh sembuh melalui pelbagai rawatan,bagaimana pula inisiatif mendapatkan wang perawatan sementelahan kosnya antara rm40 000-rm300 000 ekoran peralatan dan ubat-ubatan yang mahal.Persoalan tanpa jawapan ini menjadikan badan dalam situasi tegang serta bertukar ke suasana persekitaran berasid dan terlalu tertekan menyebabkan  risiko tubuh lemah menjadi tinggi dan ini menyuburkan sel-sel kanser untuk terus berkembang-biak.Oleh hal yang demikian,menjadi obligasi insan sekeliling terutamanya ahli kulawarga pesakit dan sahabat-handai menyuntik motivasi moral  dan atma tidak bertepian agar mereka senantiasa beriltizam proaktif malahan positif untuk memanafaatkan serta  meneruskan kehidupan kerana ia sangat membantu dalam proses penyembuhan total sementelahan ‘apa yang kita perlukan dalam hidup ini ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal yang dapat kita kerjakan’.Maka daripada ini,adalah sangat tidak wajar bagi masyarakat konvensional terpedaya dengan mitos sebegini sebaliknya lihatlah isu ini melalui konteks pemikiran yang tidak terbatas.
Dalam pada itu, ramai yang khilaf kerana menganggap kanser merupakan penyakit orang kaya dan berlaku di negara maju.Timbul juga mitos bahawa risiko kematian akibat kanser semakin meningkat di Amerika Syarikat walhal rekod kesihatan dunia oleh WHO menunjukkan negara sedang membangun menunjukkan kadar kanser lebih kritikal berbanding Amerika Syarikat yang tidak menunjukkan graf peningkatan sejak 1990 lagi.Kontradiksinya, Malaysia mula merekodkan peningkatan kes sebanyak lima peratus setiap tahun. Pengurus Besar Kumpulan Divisyen Perhubungan Korporat PETRONAS,Datuk Mohd Medan Abdullah  berkata,”barah diprognosis mengancam negara membangun dalam tempoh tujuh  tahun akan datang yakni menjadi  penyebab dua pertiga kes kematian negara berpendapatan rendah dan menengah pada tahun 2020”. Malahan,LaporanKanser Sedunia 2014 menunjukkan bahawa jumlah kematian yang berpunca daripada kanser di negara miskin dunia meningkat dengan kadar lebih pantas berbanding yang dijangkakan sebelum ini.Khususnya menjelang tahun 2025,hampir 80% daripada peningkatan semua kematian berpunca daripada kanser akan berlaku di negara kurang maju rentetan kurangnya infrastruktur dan manhaj perubatan moden. Kesimpulannya,kanser menyerang tanpa mengira kecemerlangan ekonomi sesebuah negara itu.
Dalam pada itu, stigma semua tumor adalah kanser turut menghantui kita. Walakinnya,tumor ‘malignan’ sahaja yang ditakrifkan sebagai tumor kanser di mana sel ini bersifat agresif,melanggar dan cepat merebak serta membiak malahan membesar dengan drastik kerana ia  tidak berhubung dengan fungsi otak dan kod memori DNA. Sebaliknya,tumor ‘benigna’ adalah tumor biasa serta tidak merebak dan ia tumbuh di dalam kelongsongnya dalam tisu-tisu yang normal serta tidak merbahaya,kecuali bila ia mengganggu fungsi organ yang terlibat,kesihatan mangsanya akan terjejas. Oleh itu,tumor benigna perlu dikeluarkan melalui pembedahan. Walaubagaimanapun,tumor ini juga cenderung untuk berubah menjadi kanser.Namun,proses ini berlaku sangat perlahan dan berperingkat sehingga bertahun-tahun  lamanya.
Sebenarnya,mitos bahawa kanser berjangkit seharusnya diperluruskan kerana seseorang itu tidak akan menghidap penyakit ini hanya dengan sentuhan atau berkongsi barangan peribadi bahkan tidak juga merebak melalui udara,air,suntikan atau vektor lain. Maka daripada ini,adalah tidak wajar mengasingkan diri daripada pesakit kanser kerana khuatir dijangkiti di belakang hari.
Seterusnya mitos kanser merupakan penyakit keturunan sepatutnya dibidas.Kajian saintifik membuktikan,hanya lima hingga sepuluh peratus kanser diwarisi  melalui keturunan.Kontradiksinya,kebanyakan kanser disebabkan perubahan genetik yang berlaku sepanjang proses kehidupan seseorang berikutan di dalam tubuh manusia terdapat 10 trilion sel dan ianya dibahagikan kepada 200 jenis sel yang berlainan yakni jangka hayat sel-sel tersebut berbeza-dari berapa hari sehinggalah beberapa tahun lamanya bergantung kepada jenis dan fungsi sel itu.Seyogia diingatkan,setiap orang memiliki sel kanser dalam badan yang wujud antara enam kepada lebih sepuluh kali sepanjang hayatnya.Sel-sel ini tidak dapat di kesan dalam ujian-ujian biasa makmal patologi sehinggalah mereka bereplika menjadi berbilion banyaknya.Maka,janganlah berasa terlalu ‘selamat’ jika ahli kulawarga tiada sejarah kanser dan begitulah juga sebaliknya  kerana kanser menyerang tanpa mengenal sesiapa.
Pada waktu sama,ketidaktepatan fakta  tidak merokok tidak terdedah kepada kanser perlu diperbetulkan.Sebaliknya,perokok pasif turut menjadi mangsa kerana  rokok membebaskan variasi bahan karsinogenik yang  membahayakan nyawa sesiapa sahaja yang terdedah kepada asapnya.Malahan,asap rokok menjana 22% kematian akibat kanser seantero dunia.
Sejak beberapa tahun lalu,ramai pesakit mengelak untuk melakukan pembedahan membuang kanser kerana mereka khuatir rawatan pembedahan kanser punca penyakit itu merebak ke seluruh badan.Sebaliknya,rawatan barah bertujuan menghalang jangkitan kanser agar ianya tidak terus merebak ke bahagian yang lain iaitu melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan kelenjar limfatik berhampiran yang mungkin dijangkiti barah,digabung bersama terapi radiasi dan kemoterapi.Fakta ini sekaligus menepis mitos bahawa jika tumor terdedah pada udara ketika dibedah,kanser itu boleh merebak.Tegasnya,pembedahan dilakukan pakar pastinya melalui pelbagai prosedur perlindungan serta penjagaan demi menjamin keselamatan serta kemaslahatan pesakit.

Acapkali kita bertemu pesakit kanser yang menjalani rawatan kanser mengalami perubahan fizikal seperti penurunan berat badan,keguguran rambut dan wajah mereka tidak bermaya serta pucat selepas menjalani kemoterapi dan radiasi.Situasi ini pastinya memperkukuhkan  lagi mitos kemoterapi dan radiasi merisikokan nyawa pesakit. Sebenarnya,radiasi ialah proses memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi selain melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit,  namun pada waktu yang sama,ia juga turut memusnahkan sel yang normal.Kendatipun begitu,proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Lazimnya,dos radiasi yang selamat diberikan setiap hari selama empat hingga enam minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit namun boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya,kemudian sapukan krim.Malahan,kelemahlesuan dan cirit-birit akan  berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut.Rambut pula akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala,tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan.Kaedah rawatan dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah yang telah merebak pula dikenali sebagai kemoterapi (kemo) yakni mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna,tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal.Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut,loya dan pengurangan sel darah berikutan sel di bahagian kulit,tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.Konklusinya,setiap kaedah rawatan pastinya meninggalkan kesan sampingantetapi tidaklah sehingga membawakan nyawa seperti ‘telur di hujung tanduk’  sebagaimana digembar-gemburkan sesetengah pihak.Seyogia diingatkan kemajuan terkinimembolehkan banyak ubat-ubatan kemoterapi dan rawatan radiasi dihasilkan lebih baik berbanding dahulukala amnya.

Berbalik kepada mauduk perbincangan mengenai mitos dan realiti kanser,kita telusuri pula mitos berkenaan kanser yang paling banyak menyerang wanita di dunia amnya dan di Malaysia khususnya.Ramai mempunyai perspektif bahawa hanya wanita boleh menghidap kanser payudara.Meskipun wanita adalah 100 kali lebih berisiko berbanding lelaki,ia tidak bermakna lelaki tidak berisiko kerana bukti menunjukkan setiap tahun,30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payudara  di United Kingdom (UK).Mitos yang dipetik dari majalah‘Dressed to Kill’ iaitu underwire dalam coli boleh menekan sistem limfa dalam dada wanita dan menyebabkan toksin terkumpul dan  akhirnya membawa kepada kanser payudara seyogia ditepis.Kajian saintifik telah membuktikan bahawa apa-apa jenis dan kesesakan coli tidak meningkatkan risiko kanser payudara.Sementara itu,hanya wanita yang berumur 40 tahun ke atas boleh menghidap kanserPada sebarang usia,jika didapati sebarang ketulan pada payudara,ia perlu diperiksa dan disahkan dengan serta-merta.Terdapat tanggapan bahawa Parabens' (kimia pengawet yang digunakan dalam deodoran yang paling antiperspirant)  boleh masuk ke dalam badan dan menyebabkan kanser payudara. Namun,satu kajian mendedahkan bahawa kesan parabens telah ditemui dalam sampel tumor payudara,tetapi pakar menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk mencari kaitan langsung antara parabens dan kanser payudara dan setakat ini tiada bukti  konklik yang boleh mengsahihkannya.Selama ini,ramai terpedaya bahawa implant payudara dengan ketara meningkatkan risiko kanser payudara.Namun,Pakar Onkologi,Stephen Brincat menyatakan walaupun implan payudara boleh meningkatkan risiko anaplastic limfoma sel besar (ALCL), namun simbiosisnya 'sangat rendah'.Dalam pada itu,timbul dakwaan kafein menyebabkan kanser payudara. Walaubagaimanapun, penyelidik mendapati tiada bukti saintifik boleh menjelaskankaitan  antara risiko kanser payudara dengan minuman kopi.Selain itu,timbul mitos mamogram itu menyakitkan.Pada hakikatnya,kaedah pemeriksaan ini memang boleh membuatkan seseorang rasa tidak selesa namun membantu pengesanan daripadaperingkat awal, seterusnya membolehkan nyawa manusia diselamatkan.
Kita rungkai pula mitos kanser prostat iaitu kanser umum yang menyerang kaum  lelaki.Mitos kanser prostat merupakan penyakit orangtua adalah tidak benar.Walaupun mereka yang berusia 65 tahun ke atas lebih besar kebarangkalian menghidapi kanser prostat,ia juga pernah dikesan pada kaum lelaki yang lebih muda,meskipun peratusannya sangat rendah.Seterusnya,sekiranya menghidapi kanser prostat,seseorang itu mesti menjalani pembedahan atau rawatan kemoterapi. Umumnya,prostatektomi ataupun pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar prostat merupakan salah satu rawatan popular untuk mengelakkan kanser prostat merebak ke bahagian-bahagian badan atau organ lain.  Namun begitu,bukan semua pesakit memerlukan pembedahan.Keputusan untuk membuat pembedahan bergantung kepada usia pesakit,tahap kanser dan sikap pesakit terhadap kesan sampingan pembedahan tersebut.Di samping itu,sekiranya menghidapi kanser  prostat, kehidupan sosial dan aktiviti seharian pesakit akan terjejas.Realitinya,  kebanyakan pesakit kanser prostat menerima rawatan secara pesakit luar di hospital atau klinik Hasilnya,ramai yang menjalani rawatan mampu menjalankan aktiviti seharian tanpa kekangan.Walaubagaimanapun,aktiviti-aktiviti tertentu seperti pemakanan dan diet perlulah diberi perhatian yang lebih.Selain itu,masalah pembesaran kelenjar prostat-Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH) akan membawa kepada berlakunya kanser prostat.  Kontradiksinya,BPH tidak selalunya mengakibatkan kanser prostat, walaupun symptom awalnya seperti kerap membuang air kecil persis simptom kanser prostat Selain itu,keputusan negatif biopsi muktamad bahawa seseorang benar  tidak menghadapi kanser prostat adalah tidak sahih.Sebaliknya,menurut Konsultan Pakar Bedah Urologi Kumpulan Perubatan Sime Darby,Dr.Peter Ng Eng Pin,” kajian mendapati hampir 23 peratus pesakitbarah prostat hanya akan dapat mengesan penyakit itu selepas biopsi buat kali kedua”.Konklusinya,berusahalah kita mengikis sikap prejudis agar tidak terus dibelenggu kejahilan dan kegelapan dengan melakukan anjakan paradigma berpaksikan kejituan intelektual dengan tidak mudah terpedaya akan variasi mitos kanser selagi tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkannya.
Berbalik kepada konotasi,sebagai pengitlakannya,kesiagaan sinergi saf marhaen ‘umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk’ ditagih agar bukalah minda,buka hati,kenali diri dan luaskanlah horizon pemikiraan semaksima mungkin lebih-lebih lagi  teknologi di hujung jari memungkinkan kita meneroka aneka informasi fakta kanser seterusnya berkongsi maklumat ini dengan insan lain demi kemaslahatan masyarakat sekeiling.Semoga dengan wujudnya masyarakat yang sihat dan proaktif,dapat mengimarahkan seterusnya mengintepretasikan aspirasi kudsi negara untuk mencanai adiwangsa yang gah di persada sarwajagat dengan bermodalkan insan dinamis berminda kelas pertama yang menjadi teras ketiga dalam kerangka limateras utama Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9),seterusnya  menjulang nama Malaysia pada persada sarwajagat berdasarkan  aspek ekonomi,politik dan taraf kesihatan masyarakat madaninya yang terbilang pada hari-hari mendatang persis peribahasa ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa’.Akhirulkalam,marilah sama-sama kita renungi hadis ini,dari Abi  Barzah al-Aslami, r.a,dari Nabi s.a.w, sabdanya :"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal  tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakahia dapati danpada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?'' (Hadis Riwayat Al-Tirmizi).
(2484 Patah Perkataan)


No comments:

Post a Comment