Monday 24 November 2014

Usaha Tangga Kejayaan


Aria merupakan anak Pak Hamid dan Mak Siti. Dia tinggal di hujung kampung. Kehidupan mereka sangat daif. Kehidupan mereka sangat daif. Bapanya bekerja sebagai nelayan manakala ibunya sebagai petani. Kadang-kadang mereka tidak dapat makan. Kehiupan mereka diibaratkan,‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’. Aria begitu sedih dan terharu dengan kedua ibu bapanya. Walaupun susah,mereka tetap membanting tulang empat kerat untuk menyekolahkan Aria. Begitu luhurnya hati ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak mereka.
            Aria pula merupakan seorang pelajar Tingkatan Tiga di SMK Padang Lintang. Dalam sanubarinya,dia berazam untuk mengubah nasib keluarganya. Baginya,tiada yanh mustahil untuk menggapai sesuati impian dalam hiup ini. Aria selalu berpegang dengan prinsip.’gunung mana yang tidak dapat didaki,lurah mana yang tidak dapat dituruni’. Dia berazam untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pakar bedah. Ibunya pernah berpesan,’’Aria,belajarlah rajin-rajin nak,ayah dan ibu tidak mampu untuk memberikan kemewahan kepada Aria. Kami hanya mampu untuk menyekolahkan dan memberi pendidikan yang secukupnya kepada kamu nak. Ilmulah yang dapat mengubah nasib kita.’’ Aria selalu menjadikan kata-kata ibunya itu sebagai suatu semangat untuk Aria melakar kejayaan.
            Hari ini,Aria akan menduduki peperiksaan SPM. Sebelum ke sekolah,Aria memohon restu daripada kedua ibu bapanya. Mereka memeluk dan mencium Aria sebagai tanda sokongan. Mereka berharap agar anak mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang. Mereka  amat yakin Aria akan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Mereka amat yakin Aria akan memperoleh kecemerlangan kerana Aria merupakan salah seorang pelajar yang dijangka memperoleh keputusan yang cemerlang. Tambahan pula,dia selalu mendapat tempat pertama dalam setiap ujian yang didudukinya. Selepas memohon restu dan bersalaman dengan orang tuanya,dia ke sekolah menaiki basikalnya Basikalnya itu adalah pemberian orang kampong kerana keluarganya tidak mampu membelikannya untuk Aria. Walaubagaimanapun, dia tetap bersyukur dengan pemberian walaupun kawan-kawannya mengejek basikalnya yang sebenarnya basikal yang telah digunakan.
            ‘’Hei, budak kampung! Dahla miskin, buruk pula tu, kau ingat kau boleh berjaya ke? Jangan mimpilah, tempat kau hanya di pondok buruk dan nak runtuh itu buat selama-lamanya’’. Aria terkedu, dia tidak menyangka Ariff boleh berkata sedemikian kepadanya. ‘Apalah salah aku?’, Aria bermonolog sendirian. Kata-kata Arif begitu membuat hatinya pedih dan terasa. Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Ariff. Ariff anak orang berada. Bapanya usahawan berjaya manakala ibunya pula seorang doktor. ‘Manalah Ariff mengerti akan kesusahan yang dialami oleh keluarganya’, bisik hati Aria. ‘’Kenapa senyap? Kau malu, takut? Aria, tempat kau bukan di sini, tempat kau di sawah padi dan laut bersama itu bersama ibu bapa kau!’’ Aria senyap. Sungguh dia tidak mengerti mengapa Ariff berkata sedemikian. Dia tidak pernah sesekali menggangu hidup Ariff. ‘’Ya  Ariff, aku malu bukan kerana kesusahan dan penghinaan yang kau berikan, tapi aku malu kerana kau hanya kaya material tetapi budi bahasa kau terlalu rendah. Benar Ariff, aku juga takut. Aku takut tidak dapat mengubah nasib keluargaku. Janganlah  kau terus menghina aku. Aku tidak pernah mengganggu kau’’. Kata-kata Aria membuatkan Ariff tergaman. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. ‘’Selamat menduduki peperiksaan, semoga berjaya’’. Aria berlalu meninggalkan Ariff. Ariff terkedu, dia tidak menyangka Aria memberinya kata-kata semangat walaupun dia telah merendah-rendahkan harga diri Aria dan keluarganya.
            Sebelum peperiksaan bermula, Aria berdoa agar dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan dikurniakan kejayaan. Dia berazam menjadikan hinaan dan ejekan Ariff tadi sebagai pembakar semangat. Biarlah apa yang orang kata pasal keluarganya. Aria terpandangkan Ariff di dalam dewan itu. Dia menguntumkan senyuman kepada Ariff. Peperiksaan pun bermula.
            Kini,hanya tinggal beberapa hari lagi keputusan diumumkan. Aria berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang. Setibanya hari keputusan peperiksaan diumumkan,Aria ke sekolah untuk mengambil keputusan. Hatinya berdebar-debar. Semua pelajar berkumpul di dewan. Pelajar yang cemerlang akan diumumkan oleh kaunselor sekolah. Ramai pelajar yang mula dipanggil untuk menerima keputusan namun nama Aria tidak lagi dipanggil. Aria mula gelisah. Ibu bapanya memberikan kata perangsang kepada Aria. ‘’Aria Binti Hamid’’. Aria amat gembira,akhirnya namanya diumumkan. ‘’Untuk pengetahuan semua ibu bapa,guru dan pelajar, Aria merupakan satunya pelajar cemerlang SPM tahun ini. Dia berjaya mendapat Gred 1 dalam 10 matapelajaran yang diambilnya’’, kata kaunselor kepada semua hadirin. Ibu bapa Aria lantas memeluknya. Tidak tergambar kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu bapanya. Berlinangan air mata ibu Aria dengan kejayaan. ‘’Terima kasih ibu,ayah, Aria Berjaya buktikan kesusahan bukan penghalang kejayaan’’. Sambil menyapu air matanya,ibu berkata kepada Aria,’’Nak, terima kasih kerana menghadiahkan ibu dan ayah kejayaan dengan kejayaan kamu. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat ibu dan ayah. Kamu memberikan kami kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan. Ibu dan ayah berharap cita-cita kamu untuk menjadi pakar bedah yang terkemuka akan termakbul’’.
            ‘’Dr. Aria,boleh saya masuk? Lamunan Aria terhenti dengan kehadiran Siti,seorang jururawat yang amat cekap dan rajin. Dia menyeka air matanya. Dia mempersilakan Siti masuk. Siti memaklumkan hari ini terdapat satu temujanji dengan keluarga pesakit yang akan dibedahnya. Aria mengucapakan terima kasih dan Siti meminta izin untuk keluar. Tujuh tahun sudah berlalu, Aria kini merupakan seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital. Impiannya akhirnya menjadi kenyataan Kata-kata ibulah yang menjadi pembakar semangat buatnya. Namun, Aria terkilan. Ibu bapanya tidak sempat meraikan kejayaannya menjadi seorang doktor pakar bedah. Mereka terlebih dahulu dijemput Ilahi ketika dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aria berharap ibu bapanya tenang di alam barzakh. Dia sememangnya amat bertuah. Walaupun dulu dia miskin, dia mempunyai ibu bapa yang murni hatinya. Aria juga telah berkahwin. Dia tidak menyangka akan berkahwin dengan Dr. Ariff. Walaupun Dr. Ariff cemerlang di sekolah, perangainya memang teruk Arialah yang mengubahnya. Kata-kata Aria membuatkannya sedar. Dia amat berterima kasih kepada Aria. Selepas mendapat ijazah, dia melamar Aria. Mereka akhirnya berkahwin. Aria kini bahagia dengan kehidupannya. Setiap malam, dia berdoa agar hidupnya sentiasa bahagia dan dirahmati Allah. Dia juga tidak lupa membaca yassin dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu dan bapanya kerana mendidiknya menjadi insan yang berjaya. ‘Terima kasih ibu,terima kasih ayah. Jasa ibu dan ayah tetap Aria kenang sampai bila-bila. Aria harap ibu dan ayah bahagia di alam sana’, bisik hati kecil Aria.
    
(951 patah perkataan) 

No comments:

Post a Comment